00:00Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan terowong di negeri Kerala, Selatan India.
00:07Menurut media tempatan, tujuh individu lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan tersebut.
00:13Ketua Menteri Kerala, FVD Satisan mendakwa pihak kontraktor gagal mematuhi arahan untuk mengalihkan timbunan tanah di kawasan berkenaan.
00:22Kejadian berlaku di Kaladi, lokasi pembinaan terowong yang bakal menghubungkan daerah Maluparam dan Wayanat.
00:30Kawasan terjejas dilaporkan menerima hujan lebat sejak Isnin dengan Jabatan Meteorologi India turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di beberapa
00:38daerah di Kerala.
00:39Sementara itu, hujan monsoon turut mengganggu operasi penerbangan di Delhi dan Mumbai dengan syarikat penerbangan memberi amaran mengenai kelewatan serta
00:48pembatalan penerbangan.
Comments