Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Kejayaan merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bergantung kepada kekuatan, komitmen dan keupayaan seluruh penjawat awam untuk bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun, saling melengkapi serta berkongsi tanggungjawab terhadap matlamat yang sama.
Transcript
00:00Kejayaan merealisasikan aspirasi pelan pembangunan Sabah Manjujaya SMJ 2.0 bergantung kepada kekuatan, komitmen dan keupayaan seluruh penjawat awam bergerak
00:10sebagai satu pasukan tersusun, saling melengkapi serta berkongsi tanggungjawab bersama.
00:15Siti Usaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman berkata semangat itu menjadi teras halatuju SMJ 2.0 kerana kejayaan sesebuah
00:23kerajaan tidak hanya diukur melalui dasar atau pelan yang dirangka tetapi sejauh mana dasar itu mengubah kehidupan rakyat ke arah
00:31yang lebih baik.
00:34Menurutnya budaya bekerja secara berasingan atau silo mentaliti perlu ditinggal dan digantikan dengan budaya kolaboratif.
00:41Ia mampu menjadikan setiap kementerian, jabatan dan agensi sebagai rakan strategik dalam menjayakan agenda pembangunan negeri dan negara.
00:50Kerjasama strategik perlu diperkukuh antara kementerian dan agensi di peringkat negeri dan persekutuan, disamping memperluaskan sinergi bersama sektor swasta, akademia
01:00serta komuniti.
01:02Pada masa sama katanya komunikasi strategik perlu diperkasa melalui pelaporan prestasi telus, penggunaan dashboard pemantauan serta perkongsian data berkesan.
01:11Langkah itu bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif dapat dipantau, dinilai dan ditambah baik secara berterusan.
01:18Beliau berkata dunia hari ini amat berbeza berbanding sedekat lalu apabila kemajuan teknologi khususnya kecedasan buatan AI berkembang begitu pesat
01:27dan mengubah landscape dunia termasuk dalam pelaksanaan tugasan harian sektor awam.
01:32Sebuah itu SMJ 2.0 mengiktiraf pendigitalan dan AI sebagai pemboleh daya strategik yang akan memperkukuh kecekapan pentadbiran, meningkatkan produktiviti
01:43serta mentransformasikan cara merancang, membuat keputusan dan menyampaikan perimatan kepada rakyat.
01:48Beliau berkata pencapaian SMJ 1.0 membuktikan apabila dasar yang jelas disokong oleh pelaksanaan berkesan ia mampu memberi manfaat yang
01:57nyata kepada negeri dan rakyat.
01:58Dua! Santo!
Comments

Recommended