Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Beliau berkata sebarang teguran yang dibuat perlu dilihat sebagai pandangan bagi menambah baik proses demokrasi dan bukannya usaha mempengaruhi keputusan SPR.
Transcript
00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan tidak campur tangan dalam urusan Suranjaya Pilihan Raya SPR, sebaliknya menghormati kedudukan Suranjaya itu sebagai
00:07badan bebas termasuk dalam penetapan tarikh Pilihan Raya Negeri.
00:11Perdana Menteri berkata pandangan yang dikemukakan berhubung kesesuaian hari pengundian hanyalah bersifat peribadi bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menunaikan tanggungjawab
00:20mengundi dan bukannya satu bentuk campur tangan terhadap SPR.
00:23Saya berdasarkan kenyataan dibuat oleh Menter Besar Johor, jadi saya berpendapat SPR sebagai badan bebas harus lebih teliti supaya Pilihan
00:37Raya itu ikut garis demokrasi di mana ruang waktu diberi yang secukupnya kemudian hari mengundi boleh menggalakkan orang balik.
00:48Itu sahaja pandangan kita. Umpamanya yang bekerja di Singapura itu ramai dan hari Sabtu itu ramai yang bekerja setekat hari.
00:58Jadi sebaiknya hari Ahad.
00:59Tapi SPR itu badan bebas. Dia nak buat hari Ahad, hari Sabtu juga. Itu keputusan dia. Pandangan peribadi saya, saya
01:07kurang setuju kerana saya rasa apa juga harusnya kita lakukan untuk menggalakkan orang datang mengundi.
01:15Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata sebarang laporan mengenai kandungan berita yang didakwa tidak tepat boleh disalurkan terus kepada platform
01:23media sosial berkenaan atau kepada Suranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.
01:31Bagaimanapun beliau menjelaskan, tidak semua aduan akan membawa kepada tindakan automatik kerana setiap platform mempunyai dasar dan pertimbangan tersendiri berkaitan
01:41kebebasan bersuara.
01:44Terima kasih.
Comments

Recommended