Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Perdana Menteri berkata beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan, termasuk memendekkan tempoh pemprosesan pinjaman bagi bank yang memberi tumpuan kepada segmen perusahaan kecil.
Transcript
00:00Kerajaan terus memperkukuh akses pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS dengan mempercepatkan tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman.
00:09Selain meneliti isu yang menjejaskan urusan perbankan, sualan sekatan antarabangsa terhadap beberapa negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
00:17walaupun bank-bank komersial menguruskan operasi masing-masing, Bank Negara Malaysia mainkan peranan mastikan institusi kewangan mematuhi dasar yang ditetapkan.
00:28Peranan bank negara ialah mengawal, memastikan yang patuh kepada dasar-dasar utama.
00:34Ini umpamanya seperti yang disuarakan tadi, jaminan supaya tindakan tidak ada.
00:42Tentunya tidak mungkin kita halang tindakan kalau kes-kes ketelanjuran yang melanggar peraturan-peraturan biasa.
00:49Tetapi dalam pertemuan saya dengan pengurus bank di Bank Negara berbulan yang lalu, hal ini sangat jelas.
00:58Tidak ada makna kalau kita berikan peruntukan yang besar tetapi sukar mendapat pinjaman.
01:04Beliau berkata demikian semasa sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan ahli Parlimen Ipoh Timur Li Chuan
01:12Hao
01:13yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan madani maklum mengenai kegelisahan usahawan, perusahaan, mikro kecil dan sederhana PMKS
01:22kerana kesulitan dana untuk menyokong kelangsungan peniagaan mereka.
01:26Perdana Menteri berkata beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan termasuk memendekkan tempoh pemprosesan pinjaman bagi bank
01:34yang memberi tumpuan kepada segmen perusahaan kecil.
01:38Beliau berkata bank rakyat sebagai contoh berjaya mengurangkan tempoh pemprosesan pembiayaan PMKS
01:44daripada 14 hari kepada 6 hari bekerja bagi perusahaan mikro
01:48manakala SME Bank menetapkan tempoh kelulusan maksimum 15 hari bekerja
01:53bagi permohonan pembiayaan melebihi RM100,000 sehingga RM1,000,000.
Comments

Recommended