Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
PBB menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Palestin di Tebing Barat susulan insiden membabitkan kanak-kanak, serta menggesa perlindungan mengikut undang-undang antarabangsa dan tindakan terhadap pelanggaran.
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menggesa supaya rakyat Palestine di Tebing Barat yang diduduki, dilindungi mengikut undang-undang antarabangsa, susulan
00:09beberapa insiden yang mengorbankan dan mencederakan kanak-kanak.
00:12Jurucakap PBB, Stefan Dujarik berkata pihaknya amat bimbang terhadap keselamatan dan kebajikan penduduk di Tebing Barat, khususnya kanak-kanak.
00:21Menurut beliau, seorang remaja Palestine berusia 16 tahun ditembak mati oleh tentera Israel di kamp Kalandia berhampiran Baitul Magdis pada
00:30Ahad.
00:31Dalam kejadian sama, dua lagi kanak-kanak dilaporkan cedera selepas ditembak pada bahagian kaki.
01:18Dujarik berkata,
01:20Insiden itu mengingatkan bahawa rakyat Palestine di Tebing Barat yang diduduki perlu dilindungi seperti yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
01:28Beliau turut menegaskan bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap sebarang pelanggaran undang-undang perlu dipertanggungjawabkan.
01:36Sementara itu, PBB turut memaklumkan seorang bayi Palestine berusia 4 bulan meninggal dunia di Ramallah selepas akses mendapatkan rawatan perubatan
01:45dilaporkan tertangguh.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended