00:00Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi mempercepat pelaksanaan projek perumahan generasi baru Felda, BGBF, termasuk menyiapkan projek tertangguh.
00:13Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan itu membuktikan komitmen kerajaan bukan sekadar mengumumkan dasar, sebaliknya memastikan projek yang
00:23memberi manfaat kepada generasi baru Felda dapat dilaksanakan dengan segera.
00:30Maka dengan ini, untuk menyiapkan 554 unit di Johor, paling banyak, Bukit Api Timur 200 unit, Pasak Johor 700 unit,
00:50Kertih 154 unit.
00:52Untuk generasi baru Felda, saya luluskan segera peruntukan tambahan RM150 juta.
01:05Sebab itu saya kata hari ini, saya tak mahu umum dasar. Saya umum projek jalan. Balik dengan tenang bahawa ini
01:14kerajaan-kerajaan yang melaksanakan janji.
01:17Perdana Menteri berkata, projek PGPF yang bermula pada 2013 melibatkan 43 tapak dengan keseluruhan 8,224 unit rumah di Pahang,
01:29Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perak.
01:33Dan daripada jumlah itu, sebanyak lebih 2,400 unit di 12 tapak atau 29.8% telah siap dan memperolehi
01:42sijil penyiapan dan pematuhan CCC,
01:45manakala lebih 2,540 unit di 13 tapak lagi sedang dalam pembinaan.
01:51Anwar berkata, beberapa projek disasarkan siap secara berfasal sepanjang tahun ini antaranya di Besai Perak, Sungai Koyan Pahang dan Pasuh
02:00Negeri Sembilan.
02:01Perdana Menteri turut mengarahkan pihak pengurusan Felda meneliti kelewatan pelaksanaan projek dan mengemukakan laporan lengkap dalam tempoh 2 bulan bagi
02:10mengenalpasti punca setelangkah penyelesaian.
02:13Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan hari peneroka Felda dan 70 tahun Felda di Stadium Tun Abdul Razak,
02:21Bandar Pusat Jengka di Maran pada Selasa.
Comments