Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Operasi mencari dan menyelamat di Venezuela masih diteruskan 12 hari selepas dua gempa bumi kuat melanda negara itu, dengan ahli keluarga mangsa turut membantu mencari mereka yang masih hilang di bawah runtuhan. Setakat ini, angka korban meningkat kepada 3,535 orang, manakala lebih 17,000 penduduk kehilangan tempat tinggal akibat bencana berkenaan.
Transcript
00:00Keluarga mangsa gempa bumi Venezuela yang masih belum dijumpai beramai-ramai turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat SAR selepas
00:0812 hari negara itu dilanda dua gempa bumi kuat yang menjejaskan ratusan infrastruktur bangunan.
00:14Usaha berkenaan dijalankan di tengah-tengah peningkatan jumlah korban yang kini mencecah 3,535 orang akibat bencana tersebut.
00:24Antara mangsa yang masih menaruh harapan ialah Elizabeth Leon yang terselamat tetapi telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya selain abang
00:32Ipanya dalam tragedi berkenaan.
00:34Leon masih mencari beberapa lagi ahli keluarganya yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kompleks perumahan awam di kawasan Carabaleda.
00:42Kompleks berkenaan merupakan sebahagian daripada program perumahan Mission Vivienda antara inisiatif sosial utama yang diperkenalkan semasa pentadbiran bekas Presiden Venezuela,
00:52Hugo Chavez.
00:53Laporan menyebut pasukan penyelamat bersama ahli keluarga terpaksa memecahkan beberapa lapisan konkret secara manual bagi membolehkan akses ke tingkat empat
01:01bangunan yang dipercayai menjadi lokasi mangsa terperangkap.
01:04Menurut pihak berkuasa Venezuela, seramai 16,740 orang cedera akibat dua gempa bumi kuat berkenaan.
01:12Manakala 17,854 penduduk kehilangan tempat tinggal, susulan gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 mankut yang melanda negara
01:21itu pada 24 Jun lepas.
Comments

Recommended