00:00Bertemu kembali, Indeks Penanda Aras Bursa Malaysia dijangka meneruskan peningkatan dan menguji para psikologi 1,700 mata minggu depan.
00:09Ia disokong oleh kenaikan semula lebih tinggi pada Jumaat serta pembelian berterusan oleh pelabur institusi tempatan.
00:17Menurut pengarah dan penganalisis strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA Sendirian Berhad, Mohd Siddiq Jantan,
00:24sentimen risiko global yang semakin bertambah baik dijangka menyediakan persekitaran memberangsangkan untuk ekuiti serantau termasuk bursa Malaysia.
00:34Jelasnya risiko geopolitik yang rendah dan persekitaran dasar moneteri yang bersifat lebih akomodatif
00:40telah membantu meningkatkan minat terhadap aset berisiko pada peringkat global.
00:46Bagaimanapun beliau berpendapat prestasi melepasi paras itu secara berterusan memerlukan penyertaan pasaran yang lebih luas
00:53terutama daripada sahab perbankan berwajaran tinggi dan sokongan institusi domestik yang berterusan
00:59serta kembalinya pembelian asing.
01:01Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, bursa Malaysia ditutup rendah kebanyakannya
01:07apabila pengambilan untung pada minit-minit terakhir meningkat mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati
01:13susulan ketiadaan pemangkin baharu pasaran.
01:16Bagi asas Jumaat ke Jumaat, indeks utama meningkat 11.31 mata kepada 1,679.05 daripada 1,667.74 pada
01:29minggu sebelumnya.
01:30Jumlah dagangan mingguan sebanyak 13.63 bilion unit bernilai 11.11 bilion ringgit
01:37berbanding 15.54 bilion unit bernilai 13.11 bilion ringgit pada minggu sebelumnya.