00:00Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz secara sinis menyifatkan semua pihak boleh menuntut kredit atas kejayaan pelaksanaan Zon Ekonomi
00:08Khas Johor Singapura, JSSEC.
00:11Bagaimanapun, bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menegaskan, fakta menunjukkan inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
00:21Johor serta pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
00:26Tegas beliau lagi isu berkenaan juga tidak seharusnya dipolitikkan kerana kejayaan Zon Ekonomi Khas itu merupakan hasil pendekatan Whole of
00:34Nation.
00:35Mengenai JSSEC ini, kalau nak klaim kredit itu semua orang boleh klaim kredit tapi pada masa yang sama kita kena
00:43berdasarkan fakta di mana JSSEC ini adalah satu inisiatif di peringkat Kerajaan Persekutuan.
00:50Kerajaan Persekutuan bersama juga berbincang dengan Kerajaan Negeri Singapura.
00:56JSSEC ini kalau tidak ada penglibatan Kerajaan Persekutuan yang melibatkan kementerian-kementerian berkaitan, kementerian MITI contohnya, kementerian dalam negeri melalui
01:07immigration, kementerian tenaga, tangga nasional dan sebagainya.
01:11Dan ialah Kementerian Ekonomi juga terlibat tapi tidaklah hanya satu kementerian yang terlibat dalam menjayakan JSSEC ini.
01:18Tengku Zafrul berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafi Ziramli bahawa MITI di bawah pimpinannya
01:26sebelum ini antara yang menentang usaha melaksanakan JSSEC.
01:31Mengulas selanjut, pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Mida itu berkata, pelbagai insentif yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan turut menyumbang kepada peningkatan
01:40pelaburan di Johor.
01:42Jelasnya negeri Johor merekodkan pelaburan berjumlah RM110 bilion pada 2025 termasuk RM77 bilion yang direalisasikan dalam koridor JSSEC.
01:53Pada 7 Januari 2025, Malaysia dan Singapura mendandatangani perjanjian bagi membentuk JSSEC, sebuah projek pembangunan megah untuk meningkatkan kerjasama ekonomi
02:04antara kedua-dua negara.
02:07Terima kasih telah menonton!
Comments