00:00Puluhan ribu rakyat Albania berhimpun di Ibu Negara Tirana pada Sabtu bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Edi Rama, selain
00:08mendesak reformasi menyeluruh terhadap sistem politik negara itu.
00:13Demonstrasi itu menyaksikan peserta mengibarkan bendera Albania sambil berarak dan melaungkan slogan revolusi.
00:22Protes itu pada awalnya tercetus sesulan cadangan pembinaan sebuah pusat peranginan mewah yang dikaitkan dengan menantu Presiden Donald Trump, Jared
00:30Kushner.
00:31Bagaimanapun gerakan itu kini berkembang menjadi bantahan lebih besar terhadap isu rasuah tapi urus dan sistem politik Albania.
00:39Penunjuk perasaan mendakwa rasuah terus menjadi masalah utama yang membelenggu pentadbiran negara itu.
00:45Projek bernilai kira-kira 5 bilion euro itu mencetuskan bantahan kerana dicadangkan berhampiran kawasan tanah lembab yang dilindungi.
00:54Kawasan berkenaan menjadi habitat spesies sensitif termasuk burung flamingo, anjing laut dan lokasi penyulaut bertelur.
01:02Setakat ini kerajaan Albania belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tuntutan peserta demonstrasi.
Comments