Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebanyak lapan elemen seni dan budaya Malaysia telah menerima pengiktirafan UNESCO sejak 2014, sekali gus membuktikan keunikan warisan negara terus mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antara warisan yang telah diiktiraf ialah makyung, silat, mekmulung dan dondang sayang, manakala usaha mencalonkan dikir barat ke senarai berkenaan sedang giat dilaksanakan.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 8 elemen seni dan budaya Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
00:09UNESCO sejak tahun 2014.
00:12Menurut Ketua Pengarah Jepatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN Muhammad Amran Muhammad Haris, pencapaian tersebut sekaligus membuktikan warisan budaya negara
00:22mampu menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
00:28Tambahnya kejayaan tersebut hasil kerjasama erat antara Jabatan Warisan Negara dan JKKN dalam usaha memelihara serta mengangkat seni tradisi Malaysia
00:36ke persadar dunia.
00:38Antara warisan yang telah menerima pengiktirafan UNESCO ialah Mak Yung, Silat, Mek Mulung dan Dondang Sayang.
00:44Manakala usaha untuk mencalonkan dikir barat ke senarai pengiktirafan berkenaan sedang dilaksanakan.
00:50Jelasnya pengiktirafan UNESCO memberikan nilai tambah yang besar kepada sesuatu warisan budaya kerana ia menjadi salah satu tarikan utama kepada
00:59pelancong asing untuk mengenali identiti sesebuah negara.
01:02Mengulas lanjut, Muhammad Amran berkata pihaknya menghargai pendekatan kerajaan negeri yang memberikan ruang kepada penganjuran persembahan seni tradisi seperti main
01:12puteri dan menora.
01:14Menurutnya penganjuran persembahan tersebut perlu mematuhi enakmen hiburan negeri serta bebas daripada unsur kurafat.
01:20Pendekatan itu memberikan nafas baru kepada usaha memelihara seni tradisi tempatan dan memastikan warisan budaya terus berkembang selaras dengan garis
01:29panduan yang ditetapkan.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended