00:00Sebanyak 305 laporan dan aduan direkodkan suruhan jaya pilihan raya SPR berhubung pelbagai kesalahan sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya
00:10negeri PRN Johor ke-16 setakat minggu ini.
00:14SPR dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 140 kes didapati melibatkan pemasangan bahan kempen di kawasan larangan pihak berkuasa
00:24tempatan.
00:27Ujarnya, 90 kes melibatkan bahan kempen yang menghalang pandangan pengguna jalan raya serta mengganggu lalu lintas.
00:33Manakala, sebanyak 27 kes pula membabitkan bahan kempen yang dipasang dalam lingkungan 50 meter dari pusat mengundi dengan baki 48
00:41kes merangkumi pelbagai kesalahan lain.
00:44Jelas SPR, semua laporan dan aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya PPKPR telah diambil
00:52tindakan susulan yang sewajarnya.
00:54Sebanyak 56 PPKPR ditubuhkan bagi menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen yang bermula pada hari penamaan calon
01:0527 Jun lalu sehingga 10 Julai ini.
01:07Sebuangan itu, SPR menjelaskan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM serta Suruhanjaya Komunikasi
01:18dan Multimedia Malaysia MCMC bagi memastikan aktiviti kempen berjalan dalam keadaan baik dan terkawal.
01:25Dalam masa sama, SPR menegaskan komitmennya untuk melaksanakan pilihan raya yang cekap, adil, telus dan berintegriti termasuk sepanjang tempoh berkempen
01:34yang akan berakhir pada jam 11.59 malam 10 Julai ini.
01:38Untuk rekod, PRN Johor ke-16 menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Dun.
01:47Pada hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala proses pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai.
01:54Terima kasih kerana menonton!
Comments