Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Ketua Pasukan Hephaestus, Changsheng Luo berkata, matlamat utama pasukannya adalah untuk melahirkan robot yang mampu muncul juara kejohanan Piala Dunia FIFA tahun 2050.
Transcript
00:00Robot Humanoid mempamerkan aksi bertenaga di Padang Bola Sepak pada perlawanan akhir RoboCup 2026 di Echeon, Korea Selatan pada Ahad.
00:09Ia merupakan pertandingan robotik dan kecerdasan buatan AI terbesar di dunia.
00:14Lebih 3,000 peserta dari 45 negara mengambil bahagian dalam RoboCup 2026 yang menghimpunkan pelbagai pertandingan melibatkan robotik dan teknologi
00:25AI.
00:27Pasukan Hephaestus dari Universiti Tsinghua muncul juara selepas menewaskan pasukan Mountain and Sea dari Universiti Pertahanan China pada perlawanan akhir
00:36tersebut.
00:37Ketua pasukan Hephaestus Changxing Luo berkata, matlamat utama pasukannya adalah untuk melahirkan robot yang mampu merangkul kejauhanan piala dunia FIFA
00:46tahun 2050.
00:47Robot Humanoid ini bukan sekadar dikawal dari jauh, mereka mampu membuat keputusan sendiri sebaik saja perlawanan bermula, sekaligus memperlihatkan kemajuan
00:58pesat teknologi AI.
01:00Misalnya ketika aksi berlangsung, semua robot berhenti serta-merta apabila pengadil mengarahkan permainan dihentikan selepas bola keluar dari kawasan permainan
01:08menunjukkan keupayaan sistem mereka mematuhi arahan secara otomatik.
01:12Sementara itu, pengunjung yang menyaksikan perlawanan tersebut pula menyifatkan pengalaman menonton bola sepak robot hampir menyerupai perlawanan sukan sebenar.
01:22Walaupun pergerakan robot masih belum sepenuhnya menyerupai manusia, tahap kemajuan yang dipamirkan jauh melebihi jangkaan dan memberikan daya tarikan tersendiri
01:31kepada sukan robotik.
Comments

Recommended