Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Memasuki hari kesembilan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, perhatian bukan lagi sekadar tertumpu kepada gerak kerja calon di lapangan, malah kenyataan pimpinan parti mengenai isu rakyat, pembangunan dan polemik politik terus mewarnai saingan menjelang hari pengundian. Rangkuman perkembangan sepanjang hari ini, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir.
Transcript
00:00Memasuki hari ke-9 kempen pilihan raya negeri Johor, perhatian bukan lagi sekadar tertumpu kepada gerak kerja calon di lapangan.
00:08Malah kenyataan pimpinan parti mengenai isu rakyat, pembangunan dan polemik politik terus mewarnai saingan menjelang hari pengundian.
00:17Rangkuman perkembangan sepanjang hari Ahad, kita bersama rakan setugas Khalish Khadir.
00:25Terima kasih rakan setugas hari ke-9 kempen kenyataan-kenyataan daripada pimpinan terus mewarnai demokrasi di Johor.
00:34Ini termasuk juga teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kelembapan pembangunan rumah mampu milik di Johor.
00:42Sambil menegaskan hala tujuh pembangunan negeri perlu lebih beri perhatian kepada keperluan golongan berpendapatan rendah.
00:50Apa kata Datuk Seri Anwar, agenda pembangunan tidak boleh hanya fokus kepada kelompok berpendapatan tinggi.
00:57Sebaliknya, mesti juga ambil kira kebajikan rakyat biasa yang memerlukan akses kepada rumah mampu milik dan kemudahan asas.
01:06Dan terkait dengan itu, tidak dilupakan bagaimana jaminan Datuk Seri Anwar untuk menyelesaikan isu penyediaan tapak perumahan bagi generasi kedua
01:15Felda yang berlarutan sekian lama.
01:17Selain itu, dialog PRN Johor, Anjuran RTM, Esrawani, Sinaharian akan diteruskan seperti dijaduakan pada selasa ini meskipun Datuk Ahn Hafiz
01:26Ghazi memaklumkan tidak dapat hadir kerana ada komitmen yang telah ditetapkan lebih awal.
01:32Dan pihak pengajur sedang berusaha menjemput panel lain yang bersesuaian bagi memastikan objektif program ini untuk menyuburkan demokrasi wacana secara
01:41matang itu terus dapat dilaksanakan.
01:42Dan sebelum berakhir, ini juga tumpuan saya kira apabila UMNO memaklumkan tidak ambil peduli dengan tindakan Datuk Muhammad Puan Zarqasi
01:50yang hadir pada program PH dalam kempen sebelum ini kerana Datuk Puan bukan lagi ahli parti.
01:57Apa kata naik Presiden UMNO, Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin, tindakan berkenaan juga didorong faktor pribadi selepas anaknya tidak dicalonkan.
02:05Ini saya kira antara tumpuan sepanjang hari ini kekal setia bersama Israwan ini kita akan mengawalkan perkembangan terkini dari masa
02:13ke masa. Setakat itu dahulu.
Comments

Recommended