00:00Laporan antarabangsa, tiga anak kepada pemimpin tertinggi Iran Ayatullah Ali Khamini menunaikan solat jenazah di sisi keranda bapanya bersama empat
00:09lagi ahli keluarga pada ahad.
00:11Namun, Mujtaba Ali Khamini yang menggantikan kedudukan pemimpin tertinggi Iran tidak kelihatan pada percara tersebut.
00:20Menerusi siaran televisyen nasional Iran, Mustafa Meisam dan Masod Khamini dilihat menunaikan solat di belakang keranda yang diletakkan di perkarangan
00:28kompleks Imam Khamini Grand Mosalla di Tehran.
00:31Republik Islam Iran mengadakan siri perarakan pengebumian besar-besaran selama seminggu untuk Ayatullah Ali Khamini.
00:39Upacara itu turut melibatkan penghantaran jenazah beliau ke beberapa lokasi suci pengkanut syiah di negara jiran Irak.
00:46Ia sebagai simbol sokongan terhadap negara berteraskan pemerintahan teokratik serta semangat revolusi itu.
00:52Pada Sabtu, keranda Ayatullah Ali Khamini dipamerkan di dalam bekas kaca bersama keranda anak perempuannya, menantu lelaki, menantu perempuan serta
01:00cucu perempuan berusia 14 bulan yang maut dalam siri serangan udara pada 28 Februari lalu.
01:07Sehingga kini, masih tiada kemunculan awam atau gambar baharu Mujtaba Khamini.
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments