00:00Angka korban akibat gempa bumi 7.4 magnitude yang melanda Colombia lebih seminggu lalu meningkat kepada 314 orang.
00:08Presiden Colombia, Abelardo de la Espriella berkata, seramai 4,437 orang cedera, manakala 262 lagi masih hilang.
00:19Gempa bumi yang berpusat di San Jose del Palma menyebabkan kemusahan besar terhadap kediaman dan infrastruktur awam.
00:26Menurut kerajaan Colombia, sebanyak 30,664 rumah musnah, manakala 302 bangunan runtuh akibat gegaran kuat tersebut.
00:35Kerosakan telah dilaporkan dari Pelabuhan Pasifik Buonaventura hingga ke beberapa bandar utama termasuk Cuibdo, Cali, Pereira dan Manizales.
00:44Bencana itu merupakan cabaran besar pertama yang dihadapi de la Espriella sejak mengambil alih jawatan presiden baru-baru ini.
00:51Selain menguruskan operasi bantuan kecemasan dan pembinaan semula, kerajaan turut berdepan tekanan fiskal termasuk defisit keuangan dan kekurangan peruntukan belanjawan.
01:00Bagi memastikan dana mencukupi untuk operasi pemulihan, bila berkata akan mencetiharkan darurat ekonomi dalam masa terdekat.
01:06Langkah itu bertujuan membolehkan kerajaan memperoleh pembiayaan tambahan serta mempercepatkan usaha bantuan dan pembinaan semula kawasan yang terjejas.
01:14Rancangan untuk mengurangkan perbelanjaan terhadap program yang dianggap bukan keutamaan daripada pentadbiran terdahulu turut diumumkan selain mencari sumber pembiayaan tambahan.
01:23Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa golongan paling terdedah dan miskin tidak akan terjejas oleh sebarang pelarasan perbelanjaan kerajaan.
01:32Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa golongan dan pembinaan semula kerajaan.
Comments