Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Penutupan itu berkuat kuasa selama dua hari, iaitu sehingga Jumaat, sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah daripada risiko pendedahan kepada udara tidak sihat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Arahan penutupan sekolah akibat jerebu di Sarawak kini diperluaskan di 10 daerah berkuat kuasa serta merta petang Kamis hingga Jumaat
00:08berikutan kemerosotan kualiti udara di kawasan berkenaan.
00:13Jabatan Pendidikan Negeri JPN Sarawak memaklumkan arahan itu membabitkan daerah Kuching, Padawan, Bauk, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubuk,
00:24Lubuk Antu dan Betung.
00:27Penutupan itu membabitkan 509 sekolah rendah dengan 107,590 murid serta 82 sekolah menengah yang melibatkan 89,733 murid.
00:40Secara keseluruhan, 591 sekolah dan 197,323 murid terjejas susulan arahan penutupan sementara berkenaan.
00:50Menurut JPN Sarawak, keputusan dibuat berdasarkan bacaan IPU yang direkodkan setakat jam 3 petang tadi dengan keutamaan diberikan kepada aspek
01:00kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid serta warga institusi pendidikan.
01:06Sepanjang tempoh penutupan, pihak sekolah perlu mengikut prosedur operasi standar yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa memantau perkembangan bacaan
01:15IPU di kawasan masing-masing menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia.
01:21Sementara itu, media sebelum ini melaporkan, taska dan tadika di Sarawak diberikan kelonggaran untuk terus beroperasi ketika bacaan IPU mencecah
01:30200 dan ke atas bagi menyokong keperluan ibu bapa yang masih perlu bekerja.
01:36Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kehadiran kanak-kanak ke pusat jagaan
01:44berkenaan adalah berdasarkan pertimbangan dan pilihan ibu bapa.
01:48Ini bermakna ibu bapa mempunyai pilihan, sama ada menghantar anak ke taska atau tadika atau memastikan mereka kekal di rumah
01:57sepanjang tempoh jerebu.
01:59Bagaimanapun, semua aktiviti luar bilik darjah di institusi berkenaan perlu dihentikan serta merta.
02:05Ibu bapa juga dinasihatkan memastikan anak memakai pelitup muka ketika perjalanan ke pusat jagaan selain menjalani saringan kesihatan sebaik tiba
02:14di premis.
02:15Kanak-kanak yang tidak sihat perlu kekal di rumah, manakala ibu bapa akan dihubungi untuk membawa pulang anak sekiranya menunjukkan
02:23gejala ketika berada di pusat jagaan.
Comments

Recommended