Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Kehadiran warga asing di premis JPN tidak bermakna mereka sedang memohon atau akan diberikan MyKad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Jabatan Pendaftaran Negara JPN menjelaskan dawaan yang mengaitkan kehadiran warga asing di premisnya dengan urusan membuat kad pengenalan.
00:08Menurut JPN, kehadiran seseorang di premis jabatan itu tidak semestinya bermakna individu tersebut sedang memohon atau diberikan MyCard.
00:19JPN menyediakan pelbagai perkhidmatan pendaftaran dan dokumentasi kepada bukan warga negara bergantung kepada jenis urusan.
00:26Antaranya termasuk pendaftaran kelahiran dan perkahwinan sivil dengan pasangan bukan warga negara.
00:33JPN turut menjelaskan, sijil kelahiran berwarna merah jambu hanya membuktikan kelahiran telah didaftarkan di Malaysia dan bukan bukti kewarganegaraan.
00:42Sijil itu turut dikeluarkan kepada individu berstatus bukan warga negara kerana setiap kelahiran di Malaysia perlu didaftarkan tanpa mengira status
00:51kewarganegaraan ibu atau bapa.
00:52Orang ramai dinasihatkan tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan kehadiran seseorang di JPN atau sekeping gambar tanpa mengetahui urusan sebenar.
Comments

Recommended