00:00Perdana Menteri Sudan, Kamil Idris, mengumumkan Dialog Nasional melibatkan seluruh rakyat Sudan akan dimulakan dalam masa terdekat bagi membuka jalan
00:08ke arah perdamaian dan pemulihan negara.
00:11Menurut beliau, Dialog itu akan menjadi platform untuk membina semula negara yang terkesan akibat konflik bersenjata yang berlarutan sejak tahun
00:182023.
00:21Kamil berkata proses itu akan membuka laluan kepada pemulihan negara secara menyeluruh, perdamaian nasional dan peminaan semula kerangka perlembagaan sebelum
00:30bawa kepada pilihan raya yang bebas dan adil.
00:32Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai garis merah termasuk menolak sebarang usaha menyamakan kedudukan tentera Sudan dengan pesukan sokongan
00:41pantas RSF.
00:42Beliau turut menegaskan bahawa Sudan menolak campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.
00:47Perdana Menteri itu turut membentangkan inisiatif keamanan kerajaan yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Desember
00:562025.
00:58Antara lain, inisiatif berkenaan menggesa RSF berundur dari kawasan yang dikuasainya dan melalui proses integrasi serta demobilisasi bagi menambatkan konflik
01:08yang berlarutan sejak 2023.
01:09Pada Jumaat lalu, pengurusi Majlis Kedaulatan Sudan, Abdel Al-Fatah Al-Burhan turut meluluskan penyediaan sokongan logistik dan jaminan undang
01:18-undang, politik serta keselamatan bagi menjayakan dialog nasional yang inklusif.
01:23Sudan bergolak sejak April 2023 akibat konflik antara tentera dan RSF berhubung rancangan penggabungan pasukan separa tentera itu ke dalam
01:32Angkatan Bersenjata Negara.
01:34Menurut Angkaran PBB, peran tersebut telah meragut puluhan ribu nyawa dan menyebabkan kira-kira 13 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
Comments