Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kerajaan Selangor menunggu proses pendaftaran Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi pelarian Myanmar dan individu tanpa kerakyatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu perlu sebelum menyusun tindakan lanjut berkaitan pengurusan komuniti berkenaan di Selangor.
Transcript
00:00Seterusnya, Kerajaan Selangor menunggu proses pendaftaran dokumen pendaftaran pelarian DPP bagi pelarian Myanmar dan individu tanpa kerakyatan oleh Kementerian Dalam
00:10Negeri KDN.
00:12Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata langkah itu perlu sebelum menyusun tindakan lanjut berkaitan pengurusan komuniti berkenaan di Selangor.
00:21Menurut Amiruddin, Kerajaan Negeri sedang mengumpul data berkaitan komuniti itu pada peringkat daerah untuk dikemukakan kepada KDN bagi membolehkan tindakan
00:32susulan diambil bersama agensi berkaitan serta pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bagi pelarian UNHCR.
00:39Mengulas isu individu tanpa kewarganegaraan termasuk pelarian Myanmar yang menjalankan aktiviti perniagaan di Selangor, Amiruddin berkata perkara itu juga perlu
00:50dilihat selepas proses pendaftaran oleh KDN diselesaikan.
00:54Jelasnya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk memberi lesin atau kebenaran kepada komuniti itu bagi menjalankan aktiviti tertentu kerana ia
01:03tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
01:06Bagaimanapun, Amiruddin berkata, aspek kemanusiaan perlu diambil kira dalam menangani isu berkenaan termasuk jika terdapat cadangan untuk menghantar mereka pulang.
Comments

Recommended