00:00Kematian yang dicemburui. Itu ungkapan yang sering didengari buat insan yang ketika hidupnya hanya biasa sahaja.
00:08Tetapi ketika matinya memberi peluang untuk orang lain meneruskan kehidupan.
00:15Kematian Muhammad Khairil Jamaluddin 44 tahun selepas disahkan mengalami kematian otak pada 12 Ogos lalu di Hospital Sultanah Bahiyah,
00:24Al-Ostah menjadikan Al-Yarham penderma organ pertama di hospital itu.
00:31Menurut istrinya Nur Asmani Ahmad 44 tahun, suaminya yang bekerja sebagai pemandu e-healing merupakan seorang pendiam.
00:39Namun sering menyorakan hasrat untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
00:44Katanya arwah sebelum ini sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik.
00:48Namun, tiba-tiba mengadu pening pada petang 9 Ogos lalu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.
00:59Nur Asmani bagaimanapun mengakui pada awalnya tidak terfikir untuk mendermakan organ suaminya.
01:05Di telefon ustaz, ustaz yang memang konsert bahagian tu lah.
01:09Dia pun nak, lepas tu kita pun tanyalah, kita tanyalah isu-isu yang berkaitan dengan pendermakan organ, orang Islam-orang
01:15Islam.
01:16Jadi, ada fatwa dia. Bila ada fatwa, saya rasa macam puas hati, jelas.
01:22Saya tanya anak, boleh ke dia pun okey?
01:26Lepas tu doktor kata kat kita, doktor pun waktu tu macam terkejut.
01:30Dia kata dia pun tak memaksa, tapi boleh berbincang dulu dengan persetujuan ahli keluarga lah kan.
01:35Lepas tu saya ingat lagi, macam suami saya ni dia selalu kata, dia nak tolong orang dengan duit, dia tak
01:42banyak duit.
01:42Tapi, kalau dengan keringat dia, boleh. Keringat tu maksud dia, tubuh badan kita yang kuat lah.
01:50Prosedur pengambilan organ dilakukan kira-kira pukul 3 pagi, 13 Ogos lalu di HSP.
01:56Dengan doktor memaklumkan, kedua-dua buah pinggang arwah berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk didermakan kepada pesakit yang memerlukan.
02:06Jenazah Muhammad Khairil juga diberikan penghormatan sebagai penderma organ menerusi Walk of Honor
02:12sebelum pemindahan dilakukan pada sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia dengan bangunan HSB turut diterangi cahaya hijau.
02:21Sementara itu, anak tunggal arwah Muhammad Harith Mirza, 17 tahun, yang merupakan pelajar sekolah menengah sains pokok sena berkata,
02:29dia turut berhasrat mengikuti jejak arwah bapanya untuk menjadi penderma organ.
02:34Insya Allah, saya rasa saya pernah ikut juga jejak Abah untuk jadi penderma organ sebab kita tahu Abah merupakan orang
02:43yang pertama untuk penderma organ sejak tahun ini.
02:46Jadi, saya rasa itu bagi saya menjadi motivasi untuk saya untuk penderma organ juga walaupun apa orang nak kata kerja
02:52jangan ikut apa yang orang kata.
02:54Kita sendiri buat apa yang kita nak sebab itu yang dapat puaskan diri kita sendiri.
Comments