Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Prof. Madya Arie Dwi Andika berkata kedua-dua pemilik dan individu yang didakwa menganiaya haiwan boleh berdepan tindakan undang-undang jika siasatan mendapati berlaku pelanggaran Akta Kebajikan Haiwan 2015 dalam kes kematian anjing Rocky.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemilik haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati cuai sehingga menyebabkan haiwan mereka terdedah kepada penganyayaan atau kematian.
00:11Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Prof. Madhya Aridwi Andika berkata, sekiranya pemilik membuat laporan mendakwa haiwan peliharaan dizalimi sehingga cedera atau
00:20mati,
00:21pihak berkuasa turut boleh menyiasat tanggungjawab pemilik berhubung punca haiwan tersebut berada di luar kawalan.
00:30Mana-mana haiwan berpemilik yang keluar dari premis pemilik yang boleh menyebabkan haiwan tersebut dianyaya, dizalimi sehingga cedera ataupun menyebabkan
00:42kematian,
00:43pelaku tadi boleh didakwa dan dikenakan dan disabitkan kesalahan sehingga denda minimum 15,000, maksimum 75,000 tadi ni.
00:54dan pemilik tadi juga boleh didakwa dengan seksyen yang sama.
00:59Pemilik tadi boleh juga didakwa selepas je pelaku dijatuhkan hukuman, pemilik pun kena hukum benda yang sama.
01:05Yang ini orang tak perasan.
01:08Menurut Ari, ramai tidak menyedari pemilik turut boleh disiasat dan didakwa sekiranya terdapat elemen kecuaian yang menyumbang kepada kejadian tersebut.
01:16Bila menggesa Jabatan Perkhidmatan Baterina, DVS menjalankan siasatan menyeluruh dan meneliti semua peruntukan yang relevan di bawah Akta Kebajikan Haiwan
01:242015,
01:25bukan hanya tertumpu kepada satu seksyen tertentu.
01:28Kes anjing bernama Rocky itulah dalam media sosial selepas dilaporkan mati ketika satu insiden melibatkan pihak berkuasa dan individu yang
01:36didakwa sebagai pemilik haiwan berkenaan.
01:38Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh terpakai sekiranya dawaan anjing bernama Rocky mempunyai pemilik dapat dibuktikan dalam siasatan pihak berkuasa.
Comments

Recommended