Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jenazah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahimi, bersama tiga ahli keluarga yang terkorban apabila pikap dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, dekat Janda Baik, Bentong, pada Isnin, selamat dikebumikan, awal pagi, pada Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jenazah Ketua Pemuda UMNO bahagian Maran, Amba Yerha Muhammad Razi Rahimi bersama tiga ahli keluarga yang terkorban apabila pikap dinaiki
00:08mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong, dekat Janda Baik, Bentong pada Isnen selamat dikebumikan awal pagi
00:16selasa.
00:17Semua jenazah selamat disemadikan dalam satu liang sekitar jam 3.15 pagi di Tanah Perkuburan Taman Sri Cedung, Maran.
00:27Hampir seribu ahli keluarga, pemimpin politik dan kenalan hadir pada majlis pengebumian mangsa.
00:34Sebelum itu, semua jenazah dituntut waris antara jam 10 hingga 11.45 malam selepas selesai proses berasiasat di Hospital Sultan
00:42Haji Ahmad Syah, Temerloh.
00:44Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Pai Luas, Temerloh untuk dimandikan dan dikafankan sebelum disolatkan di Masjid Ash-Syakirin.
00:52Arwayha Mohd Razie, 40 tahun, isterinya Nuraini Mohd Jafri, 36 tahun, anak mereka Mohd Riz Hazim, 5 tahun dan adik
01:02Ipar Mohd Razie, Mohd Nizam Mohd Jafri, 35 tahun, maut apabila kenderaan dinaiki mereka dihempat pokok.
01:09Seorang lagi anak kembar pasangan terbabit Mohd Riz Hazik pula parah dan sedang dirawat di hospital.
01:15Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Isnin ketika mangsa dalam perjalanan dari Genting Highlands bentong ke janda baik.
Comments

Recommended