Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Dua rakyat Palestin maut manakala puluhan lagi cedera dalam siri serangan Israel di Deir Al-Balah, Nuseirat, Khan Younis dan beberapa kawasan lain di Gaza.

Serangan itu berlaku ketika cadangan pelucutan senjata kumpulan bersenjata Palestin dan pengunduran tentera Israel terus menjadi perhatian.
Transcript
00:00Seterusnya, dua lagi rakyat Palestine maut menekala puluhan yang lain cedera dalam siri serangan terbaru Israel ke atas beberapa kawasan
00:08di Gaza pada Jumaat.
00:09Menurut sumber perubatan tempatan, serangan itu berlaku ketika ketegangan di wilayah berganaan terus berlarutan meskipun usaha diperawasi sedang berjalan.
00:20Di Deir Al-Balah, dua lelaki Palestine dilaporkan terkorban dalam serangan berasingan yang menyasarkan beberapa lokasi di kawasan tersebut.
00:27Serangan drone Israel itu turut mencederakan beberapa orang awam termasuk seorang mangsa yang dilaporkan kritikal.
00:34Di Nusirat, sekurang-kurangnya 10 orang cedera selepas serangan udara menghentam sebuah bangunan kediaman.
00:40Selain itu, pesawat pejuang Israel memusnahkan sebuah bangunan milik sebuah keluarga selepas penduduk diberi amaran supaya mengosongkan kawasan tersebut.
00:49Di Khan Yunis pula, beberapa orang awam cedera dengan sebahagiannya parah selepas drone Israel menyerang sekumpulan penduduk.
00:55Serangan turut dilaporkan di bandar Gaza dan Jabalia yang menyebabkan lebih ramai penduduk awam mengalami kecederaan.
01:02Perkembangan itu berlaku sehari selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan satu perjanjian berkaitan pelucutan senjata kumpulan bersenjata di Gaza dan
01:10pengunduran berperingkat tentera Israel.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended