Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Hospital Kuala Lumpur menafikan dakwaan bahawa tandas awam di hospital itu berada dalam keadaan kotor dan tidak diselenggara seperti yang tular di media sosial.

HKL menjelaskan siasatan mendapati lokasi yang dipaparkan dalam video berkenaan bukan fasiliti di bawah seliaan hospital tersebut.
Transcript
00:00Hospital Kuala Lumpur HKL menafikan dawaan bahawa tandas awam di hospital itu berada dalam keadaan kotor dan tidak diselenggara dengan
00:07baik.
00:08Dalam satu kenyataan pihak pengurusan HKL memaklumkan siasatan telah dijalankan, susulan tulah satu video di media sosial yang mempersoalkan tahap
00:17kebersihan kemudahan berkenaan.
00:20Pengurusan HKL memaklumkan siasatan telah dijalankan terhadap semua kemudahan tandas awam di bawah seliaan hospital itu.
00:28Hasil siasatan mendapati lokasi tandas yang dipaparkan dalam video tular tersebut bukan merupakan fasiliti di bawah seliaan HKL.
00:37Menurut HKL, perkara itu dapat dikenalpasti menerusi reka bentuk tandas yang berbeza daripada fasiliti di hospital berkenaan.
00:45HKL berkata tularan maklumat tidak tepat boleh menjejaskan imej dan reputasi warga kerja hospital yang komited memberikan perikmatan terbaik kepada
00:55pesakit dan pengunjung.
00:56Pihaknya turut menegaskan aspek kebersihan, keselamatan dan keselesaan sentiasa diberikan perhatian dengan kerja penyelenggaan dilaksanakan secara berkala.
01:06Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended