00:00Dasar hari bekerja hybrid HBH yang membolehkan penjawat awam bekerja 3 hari di pejabat dan 2 hari dari rumah atau
00:08lokasi alternatif mula berkuat kuasa hari ini.
00:12Pelaksanaan dasar itu menandakan perubahan kepada norma kerja tradisional 5 hari seminggu di pejabat selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam
00:20serta perkembangan kaedah kerja modern.
00:24Jabatan Perkhidmatan Awam JPA berkata HBH merupakan pendekatan kalis masa harapan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus cekap dan berkesan
00:33dalam menghadapi perubahan global.
00:35Menurut garis panduan pelaksanaan HBH, bagi negeri yang bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad, hari Isnin dan Jumat ditetapkan
00:42sebagai hari wajib hadir ke pejabat.
00:44Bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu pula, kehadiran wajib ditetapkan pada Ahad dan Kamis.
00:50Satu lagi hari kehadiran fizikal akan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing, manakala baki dua hari boleh dilaksanakan secara bekerja
00:58dari rumah atau BDR mengikut kesesuaian tugas dan syarat yang ditetapkan.
01:03Melalui dasar itu, pegawai yang layak tidak lagi perlu membuat permohonan khas untuk BDR kerana ia kini menjadi sebahagian daripada
01:10skim kerja tetap tertakluk kepada kelulusan dan penilaian ketua jabatan.
01:14Ketua jabatan juga diberikan kuasa menentukan kelayakan pegawai, termasuk mengarahkan mereka hadir ke pejabat pada hari BDR sekiranya diperlukan atas
01:24kepentingan perkhidmatan.
01:25Kelayakan turut boleh ditarik balik jika pegawai gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
01:31Bagaimanapun, dasar tersebut tidak melibatkan sektor perkhidmatan penting yang memerlukan kehadiran fizikal sepenuhnya,
01:36seperti petugas kaunter, pasukan keselamatan, pertahanan, penguatkuasaan, pendidikan, kesehatan dan mahkamah.
01:44Bagi memastikan produktiviti dan prestasi kerja terus terpelihara, pencapaian output serta kehadiran pegawai akan dipantau menerusi sistem SPORT.ME.
01:54Pegawai juga diwajibkan mematuhi Akta Rahsia Rasmi 1972 sentiasa boleh dihubungi dan bersedia hadir ke pejabat pada bila-bila masa
02:02sekiranya diarahkan.
02:04JPA sebelum ini menegaskan bahawa dasar HBH berasaskan prinsip kepercayaan, integriti dan kebertanggungjawaban dengan sokongan teknologi digital
02:13bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus berada pada tahap yang terbaik.
Comments