00:00Datuk Seriana Ibrahim akan meneliti terlebih dahulu sama ada laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berhubung lembaga tabung haji perlu
00:09dirujuk kepada Jemaah Menteri sebelum diterbitkan kepada umum.
00:14Perdana Menteri berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsul Azri Abu Bakar sebelum keputusan dibuat
00:22sama ada laporan berkenaan boleh diterbitkan serta-merta atau perlu menunggu mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.
00:30Perdana Menteri menegaskan adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahui kandungan laporan akhir berkenaan.
00:37Sekarang saya rasa tabung haji telah bertafak baik dan saya tidak ada keberatan sama sekali untuk menerbitkan atau menyebarkan sebab
00:47laporan ini ada hak rakyat untuk mengetahui.
00:51Sama saya akan teliti dengan Ketua Setiausaha Negara sama ada prosesnya itu harus dirojok ke Jemaah Menteri terlebih dahulu.
01:01Kalau tidak perlu saya akan terbitkan hari ini. Kalau perlu saya tunggu hari Rabu kerana rakyat harus tahu.
01:09Perdana Menteri ditemui selepas merasmikan Forum Human Economy Global Discourse HEGD 2006 Anjuran Forum Ekonomi Manusiawi FEM di Pusat Dagangan
01:21Dunia Kuala Lumpur pada Kamis.
01:23Anwar berkata pada dasarnya Jemaah Menteri sebelum ini telah memutuskan supaya laporan RCI itu diterbitkan namun pelaksanaannya ditangguhkan ketika itu
01:33kerana tabung haji sedang melalui proses pemulihan.
01:35Mengulas sama ada kesemua 8 jilid laporan RCI akan didahkan kepada umum, Perdana Menteri berkata kerajaan pada asalnya memang berhasrat
01:44menerbitkan laporan itu selepas ia dibentangkan.
01:47Namun ia ditangguhkan bagi memberi ruang kepada usaha memperbetulkan pelbagai kelemahan dan pelanggaran peraturan yang dikenalpasti dalam pengurusan tabung haji.
01:56Perdana Menteri menjelaskan kebimbangan utama kerajaan ketika itu adalah kemungkinan berlaku kegusaran dalam kalangan pendeposit yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap
02:05institusi berkenaan.
02:06Kerajaan telah mendapat perkenan yang di-Pertuan Agong ketika itu Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bin Lashah untuk menubuhkan
02:14RCI sesulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021 dan 8 Oktober 2021.
02:21Ia ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 Akta 119 bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai tabung haji.
Comments