Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Jumlah eksport negara bagi suku pertama pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 meningkat 22.4 peratus kepada RM1.796 trilion. MITI memaklumkan usaha memperkasa PKS melalui automasi dan pendigitalan terus diperkukuh, dengan sasaran mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030 serta membuka 3.3 juta peluang pekerjaan berimpak tinggi.
Transcript
00:00Jumlah ekspor negara bagi suku tahun pertama 2026 menerusi pelaksanaan Plan Induk Perindustrian Baru NIMP 2030 meningkat sebanyak 22.4
00:11% bersamaan 1.796 triliun ringgit.
00:15Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI, kejayaan tersebut akan diteruskan dengan meningkatkan peranan sektor perusahaan kecil dan sederhana
00:26PKS menerusi langkah transformasi ke arah pendigitalan selaras dengan hasrat NIMP 2030 yang ingin mewujudkan lebih 3,000 kilang pintar
00:37menjelang 2030.
00:38Tuan Yang Dipertua, salah satu inisiatif utama NIMP adalah untuk PKS adalah program otomasi dan digitalisasi iaitu program Smart Tech
00:50Up.
00:51Program ini disokong menerusi dana pembangunan industri NIMP, dilaksanakan sebagai intervensi ke arah peningkatan produktiviti serta mempercepatkan transformasi PKS dan
01:04MTC.
01:05MTC adalah mid-tier companies ke arah digitalisasi selaras dengan sasaran NIMP untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.
01:15Setakat 30 Jun 2026, sebanyak 32 kilang telah dikenalpasti sebagai kilang pintar di bawah program Smart Tech Up ini.
01:23Selain itu, 61 syarikat telah diiktiraf sebagai kilang pintar di bawah program pengiktirafan kilang pintar oleh Sirim dan Mari.
01:31Secara keseluruhannya, 93 syarikat telah menerima pengiktirafan kilang pintar setakat 30 Jun 2026, manakala tambahan 68 syarikat lagi dijangka akan
01:44mencapai tahap pengiktirafan tersebut menjelang akhir tahun 2026,
01:50menjadikan jumlah keseluruhan kilang pintar kepada 161 syarikat menjelang Desember 2026.
01:56Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan Syekh Umar Bagharib Ali berhubung perkembangan pelaksanaan NIMP 2030
02:06serta pencapaiannya dalam meningkatkan produktiviti dan penyertaan PKS.
02:11Dalam pada itu, Sir Zin turut memaklumkan bahawa MITI kekal komited meningkatkan jumlah peluang pekerjaan menerusi NIMP 2030
02:20dengan sasaran sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.
02:26Menurutnya, setiap kejayaan yang dicapai menerusi pelan NIMP 2030 ini akan memfokuskan kepada industri berimpak tinggi
02:34termasuk kecerdasan buatan AI serta teknologi baru berimpak tinggi iaitu kenderaan elektrik EV.
Comments

Recommended