00:00Perkhidmatan KTM Komuter Lembah Kelang dan Tren Electric ETS mengalami kelewatan susulan insiden melibatkan kerja pembinaan jambatan oleh kontraktor Jabatan
00:10Kerja Raya JKR di Batang Benak.
00:12Kereta Api Tanah Melayu Berhad KTMB memaklumkan kerja bagi projek laluan utiliti atau waylift itu dijalankan tanpa mendapat kelulusan kerja
00:21daripada pihaknya.
00:25Menurut KTMB, struktur kayu dari tapak pembinaan terjatuh ke atas landasan sebelum empat sistem elektrik talian atas di antara Batang
00:33Benar dan Labu.
00:35Insiden itu menyebabkan kerosakan pada sistem bekalan elektrik sekaligus menjejaskan operasi tren di laluan berkenaan.
00:41Susulan kejadian, perkhidmatan KTM Komuter dari Pulau Sebang menuju ke KL Central ditamatkan di stesen Seremban.
00:48Perjalanan menuju ke KL Central dan Batu Kif pula hanya bermula dari stesen Bangi.
00:54Penumpang yang menggunakan laluan terjejas disarankan mendapatkan pengangkutan alternatif bagi meneruskan perjalanan.
01:00KTMB menyediakan tiga bas perantara bagi membantu penumpang di Seremban, Tiroi, Batang Benar, Labu dan Bangi meneruskan perjalanan.
01:09Bagi perkhidmatan ETS yang terjejas, tujuh bas perantara disediakan di stesen KL Central, Bandar Tasik Selatan, Kajang dan Seremban.
01:17Penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan dari stesen pemulaan layak menerima pengulangan tambang penuh.
01:25Pasukan teknikal KTMB sedang menjalankan kerja pembaikan sistem elektrik talian atas bagi membolehkan perkhidmatan tren kembali beroperasi secepat mungkin.
01:34Orang ramai dinasihatkan mendapatkan perkembangan terkini menerusi saluran media sosial rasmi KTMB atau menghubungi kakitangan stesen yang bertugas.
Comments