Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Isteri Sonam Wangchuk memohon kebenaran mahkamah memindahkan aktivis itu ke hospital swasta ketika beliau meneruskan mogok lapar di New Delhi.
Transcript
00:00Isteri aktivis sosial India, Sonam Wangchuk, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Delhi bagi mendapatkan kebenaran memindahkan suaminya dari hospital kerajaan
00:10ke hospital swasta selepas mendakwa beliau ditahan secara tidak sah.
00:15Jitan Jali Angmo mendakwa hospital Safdarjung enggan membenarkan suaminya keluar walaupun keluarga sudah beberapa kali membuat permintaan.
00:25Beliau turut mempersoalkan laporan kesihatan hospital selepas mendakwa keputusan ujian darah di Mahkamah Bebas menunjukkan bacaan berbeza daripada yang dimaklumkan
00:36pihak hospital.
00:37Bagaimanapun, hospital tersebut memaklumkan keadaan Wangchuk stabil, namun beberapa bacaan darah masih memerlukan rawatan dan pemantauan rapi.
00:46Wangchuk, 59 tahun, memulakan monggot lapar pada 28 Jun sebagai tanda solidariti terhadap bantahan kokruj jantar pati sesuai kebocoran kertas
00:56peperiksaan yang menjejaskan jutaan pelajar di India.
01:00Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Delhi mengarahkan pihak berkuasa memantau keadaan kesihatan Wangchuk dan mengambil tindakan sewajarnya jika diperlukan.
01:09Sementara itu, penyokong Wangchuk terus berhimpun di jantar mantar New Delhi bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangannya serta menuntut beliau dibenarkan
01:19menerima rawatan di hospital pilihan keluarga.
01:22Wangchuk dikenali sebagai aktivis pendidikan, jurutera dan inovator dari Landak.
01:27Kisah hidupnya turut menjadi inspirasi kepada pembikinan watak Rancodas Syamaldas Cancad dalam film Three Idiots, lakonan Amir Han yang mengangkat
01:38nilai kreativiti dan pembaharuan dalam pendidikan.
Comments

Recommended