Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
DBKL meluahkan rasa kecewa selepas Dataran Merdeka ditinggalkan dengan sampah sarap susulan himpunan peminat bola sepak menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina, sambil menyeru orang ramai menjaga kebersihan ruang awam.
Transcript
00:00Dewan Perdana Raya Kuala Lumpur, DBKL meluahkan rasa kesal terhadap keadaan dataran merdeka yang dipenuhi sampah selepas orang ramai berhimpun
00:09menyaksikan reaksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina pada awal pagi tadi.
00:15Menuruti kenyataan, DBKL berkata ribuan peminat bola sepak hadir untuk bersama-sama meraihkan pelawanan tersebut, namun kawasan bersejarah itu ditinggalkan
00:24dengan pelbagai sisa sampah selepas acara tamat.
00:28DBKL memaklumkan kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh petugasnya bagi memastikan kawasan berkenaan kembali bersih.
00:37Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan itu menegaskan kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung kepada petugas pembersihan selepas suatu acara berlangsung.
00:47Menurut DBKL, dataran merdeka bukan sekadar lokasi awam, malah merupakan simbol maruah dan sejarah negara yang perlu dihargai oleh semua
00:57pihak.
00:58DBKL berkata, orang ramai bebas meraihkan sesuatu acara dengan penuh semangat, namun kebebasan untuk bergembira tidak bermaksud boleh meninggalkan sampah
01:07atau mencemarkan ruang bersama.
01:11DBKL turut menyeru warga Kuala Lumpur supaya menganggap bandar raya itu sebagai rumah bersama dan menjaga kebersihannya seperti menjaga kediaman
01:20sendiri.
Comments

Recommended