00:00Pasukan khas ditubuhkan Jabatan Laut Malaysia, JLM, bagi membela kebajikan kru kapal MV Berkat Tuah yang berjaya dibawa pulang selepas
00:08terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Syarjah, Emirat Arab Bersatu, UAE sejak Oktober tahun lalu.
00:15Ketua Pengarah JLM, Datuk Dixon Dolah berkata, kes MV Berkat Tuah merupakan antara kes pengabayan anak kapal yang kompleks kerana
00:23melibatkan pelbagai aspek perundangan, bidang kuasa antarabangsa serta kepentingan pelbagai pihak.
00:28Menurutnya, pada kemuncak krisis, seramai 13 orang anak kapal, termasuk 11 rakyat Malaysia, telah terjejas akibat kegagalan pemilik kapal memenuhi
00:37tanggungjawab terhadap kebajikan mereka.
00:39Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Terminal 1 pada Isnin.
00:46Majlis itu menyaksikan 5 kru kapal MV Berkat Tuah, termasuk seorang Indonesia, selamat tiba di KLIA Terminal 1 kira-kira
00:54jam 9 pagi Isnin.
00:56Kesemua mereka merupakan kumpulan akhir daripada 13 kru yang berjaya dibawa pulang.
01:01Mengulas lanjut, Dixon berkata, apa yang dapat pihaknya lakukan buat sementara waktu ini ialah menyelesaikan bayaran sebahagian gaji kru terbabit
01:09yang tertunggak 6 bulan sejak Februari lalu.
01:15Terima kasih kerana menonton!
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments