Skip to playerSkip to main content
eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar

Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788595/berita/nasional/efishery-kerajaan-tidak-bertolak-ansur-jika-wujud-unsur-penyelewengan-atau-rasuah-dalam-keputusan-pelaburan---pm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KWAP #eFishery
Transcript
00:00Apakah kuap ini hanya melabur di syarikat asing? Tidak benar kerana itu startup Indonesia.
00:11Tapi kerana startup di Malaysia dilabur juga tinggi. Selain daripada projek yang kita jana melalui usaha Kementerian Keuangan iaitu GEAR
00:20UP.
00:20GEAR UP itu juga melibatkan kuap-kuan yang melibatkan RM30 bilion dana termasuk kepada syarikat-syarikat Bumi Putera.
00:31Yang startup di Malaysia ini termasuk Batriku, Lapasa, Zuz Coffee. Itu yang dilabur oleh kuap.
00:45Jadi saya mohon alih-alih yang berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut annual compound growth itu melebihi
01:0185%.
01:03Apa tindakan setelah kita dimaklum hal yang sedemikian?
01:08Tentunya siasatan harus dilakukan. Sebab itu saya menyokong langkah SPRM untuk meneliti sekiranya ada ketelanjuran atau percanggahan dari segi hukum
01:21ataupun unsur rasuah.
01:23SPRM harus diberikan kerjasama sepenuhnya. Saya dah menemui pengurusan kuap untuk menyatakan harus beri kerjasama sepenuhnya.
01:33Walaupun melihat pada laporan awal, saya tidak percaya ada unsur-unsur begitu tapi ikut prosesnya harus telus dan harus bertanggungjawab.
Comments

Recommended