Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Mesyuarat di Manila jadi platform selaras pendirian ASEAN mengenai ketegangan Laut China Selatan, konflik Asia Barat dan keselamatan makanan serantau.
Transcript
00:00Ketegangan di Laut Cina Selatan, konflik berterusan di Asia Barat serta usaha memperkukuh jaminan keselamatan makanan serantau antara agenda utama
00:10yang akan dibawa Malaysia ke mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila, Filipina bermula Isnin.
00:16Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan berkata mesyuarat itu penting bagi membolehkan negara-negara anggota ASEAN menyelaraskan pendirian terhadap beberapa
00:26isu geopolitik yang memberi kesan langsung kepada rantau ini.
00:33Banyak agenda ASEAN yang perlu dibincangkan pada kali ini. Agenda berkenaan dengan ketegangan di Laut Cina Selatan, agenda berkenaan dengan
00:43perang Amerika, Israel dan Iran,
00:47dan pembunuhan yang tak henti-henti terhadap rakyat Palestine di Gaza dan juga di Teping Barat sekarang dah merebak sampai
00:55ke selatan Lebanon.
00:57Macam-macam masalah yang perlu ASEAN buat pendirian agar dunia yang bergolak sekarang ini, walaupun jauh perang tapi kesannya banyak
01:07kepada negara kita.
01:08Kita nak bincang macam mana kita nak buat food security, ASEAN food security. Jaminan beras ASEAN sebab orang ASEAN makan
01:17beras, makan nasi.
01:20Jadi kita nak supaya ada suatu dasar jaminan, keterjaminan makanan ASEAN terutamanya bekalan beras di negeri. Siapa yang boleh keluarkan
01:31beras, siapa boleh keluarkan itu dan ini.
01:33Mohamad berkata, Malaysia juga akan mengangkat cadangan memperkukuh keterjaminan makanan ASEAN khususnya bekalan beras, memandangkan ia merupakan makanan ruji majoriti
01:45penduduk di rantau ini.
01:47Katanya negara-negara anggota perlu memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pengeluaran makanan bagi mengurangkan persaingan sesama sendiri dan mewujudkan sistem
01:57bekalan yang lebih mampat.
01:58Selain itu, Mohamad berkata, kerjasama dalam pembangunan ASEAN Power Grid turut menjadi antara fokus mesyuarat bagi memperkukuh rangkaian bekalan tenaga
02:08di rantau ini.
02:10Menurut beliau, inisiatif itu membolehkan tenaga elektrik yang dijana negara seperti Vietnam, Laos dan Kemboja disalurkan ke negara lain, termasuk
02:19Malaysia dan Singapura, sekaligus memperkukuh keselamatan tenaga serantau.
Comments

Recommended