Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Peniaga Medan Selera 223 berharap penyelesaian jangka panjang dapat dilaksanakan selepas banjir kali kelima tahun ini terus menjejaskan operasi dan menyebabkan kerugian setiap kali hujan lebat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, bagi peniaga Medan Selera 223D Petaling Jaya yang majoritinya terdiri daripada golongan B40, berharap penyelesaian jangka panjang dapat dilaksanakan
00:10selepas banjir kilat sekali lagi melanda kawasan itu sehingga memaksa operasi perniagaan dihentikan sekaligus merugikan.
00:19Menurut mereka, kejadian kali ini antara yang paling buruk pernah dialami selain berharap usaha mitigasi yang sedang dirancang Majlis Pandaria
00:27Petaling Jaya MBPJ dapat disegerakan bagi mengurangkan risiko banjir berulang di kawasan berkenaan.
00:36Mardian Tinur berkata banjir yang melanda pada petang Sabtu merupakan kejadian kelima tahun ini selepas tiga insiden pada April dan
00:44satu lagi pada Mei lalu.
00:45Macam suami pergi alihkan kenderaan dulu, dia balik je kat sini dah takat pinggang. Saya memang stay dekat sini lah.
00:54Ok, yang kira-kira yang betul-betul tinggi tu, saya berdiri atas meja ni. Atas meja ni, air tu takat
01:02perha saya.
01:04Lebih kurang macam ni lah kot.
01:07Macam tu. Kira atas meja, tinggi perha.
01:13Maksudnya kalau saya turun ke bawah, saya mungkin tergelam macam ni lah.
01:17Tambahnya, peniaga yang beroperasi pada waktu petang dan malam paling terjejas setiap kali banjir berlaku apabila makanan yang telah siap
01:23dimasak serta barangan jualan tidak sempat diselamatkan.
01:26Jelasnya kerugian yang ditanggung adalah sekitar RM500 hingga RM600 sehari.
01:31Tak ada sebab kita, kita orang ada persatuan dekat sini. Jadi kita orang melalui persatuan.
01:36Jadi kalau persendirian tu, saya tak tahu benda ni pihak atasan pandang atau tidak.
01:42Jadi kita ada persatuan. Jadi persatuan kat sini pun memang minta kita melalui dia orang.
01:48Dia orang pun sebab banjir ni bukan kita seorang kena. Semua pun kena.
01:52Jadi walaupun dia orang persatuan, dia orang pun ada kerugian. Dia orang pun nak yang terbaik juga.
01:56Jadi kita ada wakil peniaga kat sini. Jadi biarlah wakil peniaga tu mewakili kita orang peniaga-peniaga sini.
02:04Sementara itu, Mohd Razlan Zamri berkata persatuan peniaga sebelum ini telah mengembukakan rayuan kepada pihak berkuasa
02:10dan berharap langkah penyelesaian yang pernah dibincangkan dapat disegerakan
02:15memandangkan banjir berulang terus menjejaskan operasi peniagaan mereka.
02:19Sini peniaga-peniaga ada buat rayuan. Itu mereka semua datang nak buat.
02:26Tapi mungkin belum buat lagi, belum lulus siapa kan. Mungkin tengah menunggu lah.
02:31Dan berharap kan supaya benda tu dia buat cepat dengan cepat lah.
02:34Haa, berharap sangat lah sebab bila dia jadi macam ni, tengok lah. Kita dah memang tak boleh menegar kan.
02:40Tak ada apa sebab MPBJ pun ada buat. Ada buat.
02:45Dia itu dah bincang pun semua. Kata nak buat baik kulit longkang ni lah.
02:49Saya tak tahu ada yang nak buat apa. Mungkin dia nak besar kat longkang ni ke apa.
02:54Tapi, ialah, kena pakai dana yang besar kan.
02:59Kejadian hujan lebat sejak jam 4.30 petang tadi dan sehingga kini kita lihat sendiri
03:04bagaimana proses pembersihan dalam kalangan peniaga masih lagi bergerak.
03:07Dan kita tahu bahawasanya proses pembersihan pada malam ni kemungkinan besar tidak selesai sehingga kari esok.
03:12Dan kita mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab agar dapat menyelesaikan masalah ni.
03:17Kerana ini merupakan keluhan penduduk dan juga para peniaga yang berada di sini.
03:22Dan kita tahu semua orang hendakkan situasi win-win situation sebenarnya.
03:26Tidak ada bencana yang diinginkan.
03:28Namun begitu keharmonian dalam kalangan peniaga harus dijaga oleh semua pihak yang bertanggungjawab.
03:33Saya Takmal untuk Estro Awani.
Comments

Recommended