00:00Penampilan sulung parti bersama Malaysia atau bersama dalam PRN Johor berakhir tanpa memenangi sebarang kerusi, namun parti baru itu berjaya
00:10mempengaruhi keputusan pilihan raya dengan memecahkan undi.
00:14Hanya beberapa minggu selepas dilancarkan pada Mei lalu, bersama yang dipimpin oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bertanding
00:23di 15 kerusi yang kebanyakannya merupakan kawasan dikuasai Pakatan Harapan atau PH atau menjadi sasaran gabungan itu.
00:32Kehadiran parti itu jelas dirasai di kerusi Dun Perling dan Bukit Batu apabila jumlah undi yang diperoleh calon bersama dilihat
00:40berpotensi menjejaskan peluang PH sekaligus memberi kemenangan kepada calon MIC daripada barisan nasional.
00:47Di Dun Setulang pula, kehadiran bersama turut memberi impak apabila berjaya mengurahkan majoriti kemenangan PH secara ketara apabila DAP hanya
00:57menang dengan majoriti 623 undi berbanding 2,866 undi pada 2022.
01:04Keputusan itu mengukuhkan dawaan bahawa bersama lebih berperanan untuk mengganggu berbanding kuasa politik utama sekaligus menuntut parti itu menilai semula
01:15strategi menjelang PRN Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Comments