00:00PRN Johor dah selesai.
00:02Keputusannya cukup jelas.
00:04BN menang besar dengan 48 daripada 56 kerusi.
00:08PH tinggal 8 kerusi.
00:10BN pula langsung gagal memenangi sebarang kerusi.
00:13Jadi siapa sebenarnya menang?
00:15Siapa sebenarnya kalah?
00:17Pemenang pertama sudah tentu barisan nasional.
00:20BN bukan saja kekalkan kerajaan negeri malah tambah penguasaan
00:25daripada 40 kerusi pada 2022 kepada 48 kerusi kali ini.
00:30On Hafiz Ghazi juga boleh dianggap antara pemenang terbesar.
00:34Sepanjang kempen, beliau jadi wajah utama BN di Johor.
00:38Dan keputusan ini seolah-olah mengesahkan rakyat masih beri mandat kepada kepimpinan beliau.
00:45MCA dan MIC turut muncul pemenang.
00:48Kedua-dua parti berjaya tambah kerusi termasuk merampas 4 kerusi DAP.
00:53Kemenangan ini pastinya beri suntikan semangat kepada BN menjelang PRN Negeri Sembilan
00:59dan pilihan raya akan datang.
01:01Yang kalah pula, Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim.
01:05Ini kekalahan besar kedua berturut-turut selepas PRN Sabah.
01:10Lebih mengejutkan, DAP hilang 4 kubu kuat bandar kepada BN.
01:15Sepanjang kempen, Anwar sendiri beberapa kali turun ke Johor membantu calon PH.
01:20Namun, usaha itu gagal ubah keputusan di peti undi.
01:24Kini PH perlu segera rombak strategi sebelum berdepan PRN Negeri Sembilan.
01:30Seorang lagi yang boleh dianggap menang ialah Ahmad Zahid Hamidi.
01:34Kemenangan besar BN mengukuhkan lagi kerudukan beliau sebagai pengurusi BN.
01:39Ia juga memberi momentum kepada usaha beliau menyatukan semula kekuatan UMNO melalui inisiatif Rumah Bangsa
01:47yang membawa beberapa bekas pemimpin parti kembali bersama UMNO.
01:53Dengan Negeri Sembilan dan mungkin Melaka menyusul selepas ini,
01:56Zahid pastinya mahu kekalkan momentum kemenangan tersebut.
02:00Sebaliknya, antara yang berdepan tekanan ialah Amiruddin Sari.
02:06Johor merupakan tugasan besar pertamanya sebagai ketua pengarah pilihan raya PKA.
02:11Namun, keputusan akhirnya tidak memihak kepada PH.
02:16Gabungan itu bukan sahaja gagal menambah kerusi, malah jumlah kerusi mereka terus merosot.
02:22Prestasi ini pastinya beri tekanan kepada Amiruddin menjelang pilihan raya akan datang.
02:27Di sebalik kekalahan PN, PAS mungkin masih ada sesuatu untuk diraihkan.
02:33Walaupun gagal memenangi sebarang kerusi bersama PN, strategi PAS menyeru penyokong mengundi PN.
02:40Di kerusi yang tidak ditandingi parti itu dilihat menguatkan hujah bahawa kerjasama parti-parti Melayu mampu membawa kemenangan lebih besar.
02:48Pada masa sama, hubungan PAS dengan Bersatu terus jadi perhatian.
02:53PAS kini dilihat semakin rapat dengan Hamzah Zainuddin dan parti wawasan negara.
02:59Jadi persoalannya, adakah ini permulaan kepada penjajaran politik baru menjelang PRU-16
03:05atau sekadar strategi sementara untuk menghadapi PRN Negeri Sembilan?
03:11Apapun jawapannya, satu perkara sudah jelas, PRN Johor bukan sekadar menukar angka kerusi,
03:16ia mengubah momentum politik negara dan mungkin menjadi petunjuk awal kepada pecaturan menuju PRU-16.
03:24Baca artikel penuh tulisan Nicholas Chong seperti yang tertera.
03:30Saya Zaro Alam Ye Syair, FMT.
Comments