00:00Perbadanan Harta Intellect Malaysia MyIPO mencadangkan pindaan menyeluruh kepada Akta Hak Cipta 1987 bagi memastikan perlindungan lebih kukuh kepada pencipta
00:11kandungan.
00:12Nangkah tegas itu perlu bagi menyokong industri kreatif negara berdepan pengguna teknologi kecerdasan buatan AI dan perkawalan serta peningkatan aktiviti
00:21laman web cetak rompak secara dalam talian.
00:27Tambahnya pelbagai syur dipertimbangkan bagi memperkukuhkan rangka hak cipta selepas perkembangan era digital termasuk hak jualan semula artis ARR serta
00:38mekanisme penyelesaian pertikaian kes.
00:40Antara cadangan utama ialah rangka kerja perundangan bagi penggunaan karya berhak cipta oleh sistem AI yang menumpukan ketelusan, keadilan dan
00:49pampasan kepada pemilik karya.
00:51Menurut dokumen konsultasi awam yang diterbitkan agensi berkenaan, golongan pencipta, penerbit dan organisasi media mahukan penggunaan karya mereka dilaksanakan dengan
01:01kebenaran terlebih dahulu.
01:03Mereka ujarnya berhak menerima bayaran yang adil serta dimaklumkan secara jelas bagaimana karya berkenaan digunakan bagi tujuan pembangunan AI selain
01:12usaha membendung cetak rompak digital.
01:15MyIPO turut mencadangkan perlaksanaan perintah injaksi yang membolehkan mahkamah menyekat laman web menerusi satu perintah tanpa perlu difalkan tindakan sama
01:24bagi setiap laman dikenalpasti.
01:26Pindaan ini juga melibatkan penerbaikan fungsi tribunal hak cipta yang ketika ini hanya boleh mendengar pertikaian royalti jika badan pelesenan
01:35dan ahlinya memberikan persetujuan.
01:37Di bawah cadangan baharu, mana-mana pihak boleh merujuk pertikaian kepada tribunal tanpa perlu persetujuan pihak satu lagi, manakala semua
01:45kes selesai dalam tempoh 60 hari selepas proseding.
01:49Selain itu, MyIPO menyarankan perwujudan rangka kerja undang-undang bagi bahan berhak cipta seperti buku, akhbar, majalah, gambar dan filem
01:58yang pemiliknya tidak dapat dikenalpasti atau dikesan.
02:00Usaha tersebut ujarnya bagi membolehkan karat itu dimanfaatkan bagi pendidikan, penyelidikan, pemeliharaan warisan dan kepentingan awam serta usaha pencarian sewajarnya
02:11sudah dilaksanakan.
02:12Langkah ini jelasnya membolehkan perpustakaan serta institusi pengajian tinggi mendigitalkan bahan sekaligus memperkaya kazanah budaya serta menyokong pembangunan ekonomi kreatif
02:23negara.
02:23Pindaan yang dicalangkan juga memperjelaskan perbezaan antara pelindungan hak cipta bagi karya kreatif dengan pelindungan reka bentuk perindustrian serta memperkukuh
02:33penguatkuasaan.