Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Awal pagi esok..tumpuan peminat bola sepak dunia adalah kepada aksi suku akhir Piala Dunia antara gergasi Eropah, Perancis menentang pasukan hebat dari Afrika, Maghribi.

Siapa ada kelebihan, siapa lebih layak ke separuh akhir?

Rakan setugas. Farhan Hakimi ada analisisnya.
Transcript
00:00Ok, awal pagi esok, tumpuan peminat bola sepak dunia adalah kepada aksi suku akhir piala dunia antara gergas Eropah Perancis
00:08melentang pasukan hebat dari Afrika Maghribi.
00:12Siapa ada kelebihan? Siapa yang lebih layak ke separuh akhir?
00:16Rakan setugas, bukan Ashraf Hakimi, tapi Farhan Hakimi, ada analisisnya.
00:22Farhan, mungkin dapat diberikan analisisnya.
00:26Katanya tahun ini Perancis yang menang World Cup, tapi kalau kelebihan Maghribi mungkin tidak dapat disampingkan juga.
00:33Ada yang kata ramai kat Malaysia harap Maghribi yang menang. Apa cerita dia, Farhan?
00:37Baik, pertama sekali Zul, saya nak bagi sklema.
00:40Saya adalah seorang pembaca berita yang diberi cabaran untuk mengulas mengenai bola sepak.
00:44Jadi boleh kata hari ini saya jadi pengulasukan secara bidan terjun lah.
00:47Jadi apapun, sebenarnya Zul, perlawanan suku akhir pertama Piala Dunia EDC kali ini,
00:53Barat mengimbau kejohanan pada EDC 2022 lalu.
00:58Perancis bertemu Maghribi.
01:01Dua negara dengan gaya bola sepak yang hampir serupa,
01:05pantas, fizikal dan bergantung kepada skill individu pemain.
01:09Jadi siapa bakal menang sekaligus mara ke separuh akhir?
01:12Baik, kalau kita lihat secara dekodnya, Perancis mempunyai kerudukan ranking FIFA yang lebih tinggi berbanding Maghribi.
01:20Perancis dengan 1,925.86 mata di kerudukan pertama kalau ikut ranking.
01:27Kalau kita lihat Maghribi pula di kerudukan ke-6 mempunyai 1,803.99 mata.
01:34Ini bermakna Perancis mempunyai kelebihan 121.87 mata FIFA berbanding Maghribi dalam ranking dunia terkini.
01:42Dan juga menunjukkan Perancis secara keseluruhan mempunyai prestasi antarabangsa yang lebih konsisten berdasarkan penilaian FIFA terkini.
01:51Kalau kita lihat rekod kejayaan pula, Perancis mempunyai rekod kejayaan besar di pentas Piala Dunia.
01:57Mereka telah menjuarai Piala Dunia FIFA sebanyak dua kali, iaitu pada 1998 ketika menjadi tuan rumah dan 2018 di Rusia.
02:05Maghribi pula mempunyai sejarah kuat di peringkat benua Afrika.
02:10Mereka pernah memenangi Piala Negara-Negara Afrika, AfKon pada 1976 dan mencatat kejayaan terbaru apabila menjuarai AfKon 2025.
02:19Baik, untuk kita mengulas selanjut, saya akan pergi kepada skrin sesentuh untuk kita lihat rekod pertemuan mereka.
02:25Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan pernah berhadapan sesama sendiri sebanyak tiga kali dengan kali terakhir pada separuh akhir Piala
02:33Dunia 2022 di Qatar.
02:36Daripada tiga pertemuan itu, Perancis menang dua daripadanya manakala satu perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri.
02:45Maksudnya Maghribi tidak pernah menang bila berhadapan dengan Perancis? Betul, Faham?
02:50Tidak, tetapi mungkin itu satu perkara yang mengejutkan kalau itu berlaku pada awal pagi ini.
02:56Ini bermakna juga, Zul, Maghribi belum pernah menang dengan Perancis dalam kejohanan yang mereka sertai.
03:01Pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, Perancis berjaya menumbangkan Maghribi dengan keputusan 2-0.
03:08Adakah perkara sama akan berulang ataupun Maghribi akan mencipta sejarah?
03:11Kita telah lihat banyak kejutan sepanjang kejohanan kali ini.
03:15Dan sudah tentu tiada yang mustahil, Zul, dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku.
03:19Lebih-lebih lagi, Maghribi telah membuktikan kemampuan mereka menumbangkan pasukan gegasi seperti Belanda.
03:26Kalau kita lihat pula, ini satu barisan pemain yang cukup-cukup menarik untuk kita teliti.
03:31Apa yang menarik mengenai pertemuan kedua-dua pasal ini sudah tentu melibatkan para pemain mereka.
03:36Perancis dibarisi pemain bertaraf bintang kelas dunia daripada penjaga gol kepada penyerang.
03:41Perancis dilihat sebagai skuad paling lengkap dan pencabar utama Piala Dunia kali ini.
03:47Dengan serangan dipacu Kylian Mbappé, Usman Dembele dan Michael Ollis.
03:54Perancis membawa ancaman besar kepada barisan pertahanan mana-mana pasukan termasuklah Maghribi.
04:00Tetapi kelebihan kepada skuad Maghribi ini ialah kebanyakan pemainnya mempunyai sejarah dengan Perancis.
04:05Dan Zul pernah beraksi di Liga Negara itu juga.
04:08Kapten mereka, Ashraf Hakimi. Nama siapa? Farhan Hakimi.
04:12Tak sama, jauh.
04:14Ashraf Hakimi, Farhan Hakimi.
04:15Ashraf Hakimi misalnya merupakan pertahanan pasukan PSG.
04:19Ayub Buadi yang menjadi sensasi pada Piala Dunia kali ini pula bermain untuk klub Lille.
04:25Jadi mereka faham sangat dengan corak bola sepak di Perancis.
04:29Yang merisaukan Maghribi ketika ini ialah tahap kecegasan pemain serangannya Ismail Saibari yang telah menjaringkan tiga gol pada kempen kali
04:38ini.
04:39Namun belum tentu dapat diturunkan kerana kecederaan.
04:43Ini sudah tentu menjadi pertembungan yang menarik dan mengulangi kerancakan perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan pada separuh akhir Piala Dunia
04:512022.
04:52Bagaimanapun, perlawanan belum bermula tetapi peminat bola sepak dunia telah mula cakap-cakap mengenai hala tuju perlawanan ini, Zul.
05:01Lima barisan pengadil yang akan terlibat dalam perlawanan ini semuanya dari Argentina mencetuskan perdebatan.
05:07Kita tahu apa yang berlaku beberapa hari lepas dalam kalangan peminat bola sepak dunia selepas apa yang berlaku dalam perlawanan
05:13antara Argentina dan juga Mesir sebelum ini.
05:16Lebih-lebih lagi mengambil kira seteru antara kedua-dua negara yang bertembung dalam aksi final Piala Dunia 2022 yang dimenangi
05:22Argentina.
05:23Banyak spekulasi mengenai pemilihan barisan pengadil ini yang sudah tentunya akan menambah kehangatan perlawanan suku akhir ini.
05:29Jadi apakah sejarah akan berulang? Perancis akan menang atau Maghribi cipta kejutan dan mara ke separuh akhir?
05:35Sama-sama kita nantikan.
05:37Tapi jangkaan Farhan berapa? Siapa menang?
05:40Kalau jangkaan saya, saya tak akan pilih pasukan yang popular.
05:43Jadi saya akan root for Maghribi.
05:45Dapat pilih Maghribi? Mungkin 2-1?
05:48Okey, 2-1 kita saksikan nanti keputusan pada pagi esok.
05:50Terima kasih Farhan. Kita berhenti rehat seketika dahulu.
05:54Kita bertemu lagi dalam Sinar Awani selepas ini.
Comments

Recommended