Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang mampan serta kestabilan harga.
Transcript
00:00Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman atau OPR pada 2.75% selepas mesyuarat jawatan kuasa dasar maneteri MPC,
00:10selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang mampan serta kestabilan harga.
00:14BNN berkata ekonomi Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang berdaya tahan pada suku kedua tahun ini, disokong oleh permintaan domestik yang
00:22mampan, prestasi ekspor yang lebih kukuh daripada jangkaan serta aktiviti pelaburan sektor awam dan swasta.
00:30Menurut Bank Pusat itu, unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK bagi 2026 kekal dalam julat 4 hingga 5%.
00:40Prospek ekonomi bagaimanapun masih berdepan risiko daripada ketidaktentuan konflik di Asia Barat yang boleh menjejaskan pertumbuhan global, inflasi dan rantaian
00:50bekalan.
00:51Bagaimanapun permintaan kukuh terhadap sektor elektrik dan elektronik, E&E, pemulihan ekspor bukan E&E serta peningkatan aktiviti pelancongan dijangka
01:01terus menyokong pertumbuhan negara.
01:03BNM turut memaklumkan inflasi, keseluruhan dan inflasi teras bagi 5 bulan pertama, 2026, masing-masing mencatat purata 1.7%
01:13dan 2.1%.
01:15Walaupun harga komoditi global dijangka kekal tinggi, kesannya terhadap inflasi domestik dijangka masih terkawal hasil langkah dasar dalam negara dan
01:25permintaan yang stabil.
01:27Sehubungan itu, MPC berpandangan pendirian dasar monetaris masa kekal sesuai bagi memastikan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mempan
01:37sambil terus memantau perkembangan risiko terhadap inflasi dan ekonomi domestik.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended