00:00Sementara itu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mahu melihat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor terus ditadbir oleh pemimpin Melayu.
00:07Beliau menyifatkan sokongan itu sebagai strategi utama partinya dan PAS sedia membantu pembentukan Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kepimpinan Melayu-Islam
00:17di Johor.
00:18Ujar beliau, sekiranya BN memenangi pilihan raya, soal pelantikan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah hak BN
00:25untuk ditentukan.
00:26Dan PAS bersedia untuk memainkan peranan untuk membantu memperkukuhkan pentadbiran Kerajaan Negeri tertakluk kepada jumlah kerusi yang dimenangi parti itu
00:35dalam PRN kali ini.
00:37Tambahnya, gabungan kerusi PAS juga boleh membantu pembentukan Kerajaan Negeri sekiranya BN gagal memperoleh majoriti mudah atau majoriti yang mencukupi
00:46untuk membentuk Kerajaan secara bersendirian.
00:49Tegas Hadi keutamaan PAS adalah untuk memastikan kuasa politik Melayu-Islam terus terpelihara di samping kerjasama dengan parti-parti bukan
00:58Islam yang katanya tidak bersifat ekstrim.
01:02Dalam pada itu, dengan berakhirnya sesi pengundian awal bagi PRN Johor ke-16 pada selasa lepas,
01:07Tumpuan kini beralih ke hari pengundian pada 11 Julai nanti selepas ia ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 12 Jun
01:15lepas.
Comments