Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Malaysia dijangka menerima lebih banyak penerbangan terus dari Jerman dan bandar-bandar baharu di China sebagai usaha meningkatkan ketibaan pelancong sempena Visit Malaysia 2026.
Transcript
00:00Malaysia dijangka menerima lebih banyak penerbangan terus dari Eropah, termasuk Jerman, dalam usaha memperkukuh hubungan udara serta meningkatkan ketibaan pelancong
00:09sempena kempen Visit Malaysia 2026.
00:13Ketua Pengarah Turism Malaysia, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata, usaha itu merupakan hasil promosi berterusan bersama syarikat penerbangan serta
00:22lawatan kerja ke beberapa pasaran utama termasuk Jerman, Thailand dan Indonesia.
00:29Menurut beliau, Turism Malaysia turut memberi tumpuan kepada pembukaan laluan baru dari bandar-bandar kedua dan ketiga di Cina bagi
00:37mempeluaskan pasaran pelancong ke negara ini.
00:40Katanya peningkatan jaringan penerbangan secara langsung amat penting kerana ia memudahkan akses pelancong ke Malaysia, terutama ketika laluan transit melalui
00:49Asia Barat masih terkesan akibat ketegangan geopolitik.
00:52Sepanjang tahun ini banyak jaringan penerbangan yang baru yang telah datang, malah hasil lawatan saya ke Thailand, hasil lawatan kita
01:00ke Indonesia, bila kita bersama dengan yang berhormat menteri pelancongan, malah ke Jerman pada bulan 3 hari itu.
01:08Kita insyaAllah, kita tak boleh nak announce lagi tapi insyaAllah memang dah announce pun cuma kita berjaya mendapatkan jaringan penerbangan
01:16berdirect flight daripada Jerman dan sebagainya.
01:19Dalam masa yang sama juga seperti di negara Cina, bila kita pergi ke Cina, Cina merupakan penyumbang kedua terbesar kedatangan
01:27pelancong ke Malaysia.
01:28Jadi, cilindakan penerbangan sangat aktif untuk membuka laluan-laluan baru dari bandar second tier, third tier city, bukan sekadar dari
01:38bandar-bandar utama seperti yang kita kenali seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou.
01:42Malah ada yang datang dari Dalian sekarang, Wuhan, Xi'an dan sebagainya.
01:48Beliau berkata turisme Malaysia akan terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan hubungan udara ke Malaysia.
01:57Beliau berkata demikian dalam satu wawancara di Awani Pagi pada Khamis.
02:02Selamat menikmati.
02:05Terima kasih kerana menonton!

Recommended