Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Polis membongkar aktiviti di sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik atau e-waste secara haram di Lorong Pengkalan Indah, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Isnin lalu.
Transcript
00:00Polis membongkar aktiviti di sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik atau e-waste secara haram
00:09di lorong pengkalan indah Bukit Tengah Bukit Mertajam pada Isni lalu.
00:13Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT Superintenden Nur Azizi Saad berkata, dalam operasi bersepadu menerusi ob hazard e
00:23-waste itu, pihak berkuasa merampas sejumlah besar sisa elektronik yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit serta menahan 11 warga asing bagi
00:32membantu siasatan.
00:37Pemeriksaan oleh Pasukan Jabatan Alam Sekitar menemukan 80 blok padat sisa elektronik serta 8 beg jambu mengandungi komponen komputer dan
00:46papan induk.
00:47Sample bahan itu diambil JAS bagi tujuan analisis dan pengesahan di bawah kod buangan terjadual manakala kes disiasat mengikut Seksyen
00:5618-1 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
01:01Operasi berkenaan dijalankan pada 11.55 pagi oleh Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Keteteraman Awam Ibu Jabat Polis Daerah IPDSPT
01:11bersama JAS Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN Negeri serta Majlis Bandar Daya Seberang Perai MBSP.
01:19Nur Azizi berkata, MBSP turut mengeluarkan dua komponen terhadap premis berkenaan kerana menjalankan aktiviti penyimpanan barang tanpa lesen yang sah.
01:28Beliau berkata, kesemua 11 warga asing berusia antara 26 hingga 59 tahun itu dipercayai bekerja di premis berkenaan dengan 10
01:38daripadanya disyaki melanggar syarat pas manakala seorang lagi tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
01:44Mereka di reman 20 Julai ini bagi siasatan mengikut Seksyen 6-1-C Akta Imigresen 1959 Palang 63 serta Peraturan
01:5539-B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Comments

Recommended