00:00Seterusnya, Arab Saudi mendakwa Iran telah menyerang sebuah kapal tangki minyak miliknya ketika melalui Selat Hormuz, Kementerian Luar Arab Saudi
00:08dalam satu kenyataan mendakwa Tehran, menyasarkan kapal tangki wedian milik Arab Saudi serta kapal Al-Rekayat milik Qatar.
00:19Tambahnya, serangan itu merupakan ancaman terhadap keselamatan pelayaran antarabangsa dan bekalan tenaga global.
00:25Arab Saudi turut menggesa Iran menghentikan sebarang tindakan yang boleh menggugat keselamatan serta kebebasan pelayaran di rantau itu.
00:34Riyad juga menyatakan Tehran perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang timbul daripada insiden berkenaan.
00:41Sementara itu, media Iran melaporkan sebuah kapal tangki Qatar menjadi sasaran selepas didakwa mengabaikan amaran pihak berkuasa Iran ketika melalui
00:51Selat Hormuz menjadi antara laluan perairan paling penting di dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak mentah dan gas asli
01:01cercai global.