Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Operasi ketenteraan pasukan pendudukan Israel (IOF) dianggarkan telah memusnahkan lebih 90 peratus kawasan di Semenanjung Gaza, kira-kira 80 peratus daripada wilayah yang musnah akibat peperangan dikuasai rejim Zionis.
Transcript
00:00Operasi ketenteraan pasukan pendudukan Israel, IOF, dianggarkan telah memusnahkan lebih 90% kawasan di semenanjung Gaza.
00:09Menurut Pusat Komunikasi Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri Palestine,
00:14rejim Zionis kini menguasai kira-kira 80% daripada wilayah yang musnah akibat peperangan itu.
00:21Jelasnya lagi dari tempoh 29 Jun hingga 6 Julai,
00:25operasi ketenteraan Israel dipertingkatkan di Han Yunis, Rafah dan Bandar Gaza mengakibatkan 8 rakyat Palestine terbunuh.
00:34Selain itu, IOF turut membedil kawasan kediaman serta merobohkan rumah sekaligus menyebabkan lebih banyak keluarga Palestine kehilangan tempat tinggal.
00:43Seterusnya sepanjang minggu lalu, IOF melancarkan serbuan ketenteraan secara meluas di seluruh tebing barat.
00:49Ia termasuk serbuan ke atas rumah, sekatan pergerakan, penahanan serta penutupan jalan di beberapa bandar dan pekan Palestine.
00:58Pendatang haram Palestine turut membakar sebuah kafeteria di perkampungan Al-Luban al-Sharqiyah menyerang pengembala Palestine di Timur Bethlehem
01:06cubaan mencuri ternakan serta menyekat laluan masuk utama ke perkampungan Burqa.
01:12Dilaporkan juga peningkatan ketara tindakan Israel menyasarkan sektor pertanian di seluruh tebing barat.
01:19Terima kasih.
01:20Terima kasih.
01:21Terima kasih.

Recommended