00:00Bekalan air di Selangor mampu bertahan sehingga sembilan bulan dalam menghadapi fenomena El Nido dan musim kering.
00:07Exko Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin berkata,
00:11kerajaan negeri memberi jaminan pelbagai langkah kesiapsiagaan telah dilaksanakan
00:16bagi memastikan kesinambungan bekalan air kepada rakyat.
00:22Menerusi satu kenyataan, jelasnya kapasiti tujuh empangan utama di negeri itu
00:27kini melebihi 75% dengan simpanan air dianggarkan mampu bertahan antara tiga hingga enam bulan.
00:35Menurutnya, melalui pengurusan perlepasan air empangan,
00:38penggunaan sumber air alternatif serta pembangunan infrastruktur simpanan air,
00:43keseluruhan kesiapsiagaan sumber air negeri boleh dilanjutkan sehingga sembilan bulan.
00:48Kerajaan negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor, Luas dan agensi berkaitan
00:53turut melaksanakan langkah pengurusan musim kering bagi menangani kesan cuaca panas dan kering.
00:59Paras air empangan dijangka kekas stabil melalui kawalan pelepasan air secara terkawal
01:05mengikut keperluan loji rawatan air.
01:07Selain itu, lebih 140 kolam sumber air alternatif serta bekas lombong di bawah Selangor
01:13Off-River Storage Scheme, SORSS, turut dikenalpasti untuk dinaik taraf
01:19bagi meningkatkan keupayaan bekalan air.
01:22Jamalia berkata pelaksanaan SORSS membolehkan sumber air alternatif digunakan
01:28dengan keupayaan bekalan sehingga tiga bulan melalui sistem pengepaman air ke sungai
01:33ketika paras air rendah.
01:35Dalam pada itu, operasi pembinaan awan akan dilaksanakan jika kapasiti air empangan menurun
01:41kepada 50% dengan kerjasama NADMA dan MAP Malaysia.
01:46Pemantauan kualiti sumber air turut dipertingkatkan termasuk di kawasan berisiko
01:51bagi memastikan tiada pencemaran yang boleh menjejaskan operasi loji rawatan air.
Comments