Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menteri Kehakiman Sri Lanka, Harshana Nanayakkara, mengesahkan perkara itu dan menyifatkannya sebagai satu tragedi, selain memaklumkan seramai 77 individu lagi yang terdiri daripada 23 pegawai penjara dan 54 banduan masih menerima rawatan di hospital.
Transcript
00:00Angka kematian akibat rusuhan di penjara Negombo, Sri Lanka meningkat kepada 26 orang pada selasa, membabitkan 7 pegawai penjara dan
00:0919 banduan.
00:10Menteri Kehakiman Sri Lanka, Harsyana Nanayakara, sahkan perkara itu dan menyifatkannya sebagai satu tragedi.
00:19Beliau turut memaklumkan seramai 77 individu lagi terdiri daripada 23 pegawai penjara dan 54 banduan menerima rawatan di hospital.
00:29Susulan kejadian itu, kerajaan umum tiga siasatan berasingan melibatkan jawatan kuasa khas diketuai bekas hakim, siasatan polis serta siasatan dalaman
00:39jabatan penjara.
00:41Katanya siasatan terperinci akan meneliti punca utama yang mencetuskan pergaduhan sama ada berpunca daripada kelemahan kawalan keselamatan atau faktor kesesakan
00:51dalam penjara.
00:52Siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai tercetus antara dua kumpulan banduan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penyelidupan dan pengedaran dadah
01:02di dalam penjara.
01:03Keadaan bertambah buruk apabila sekumpulan banduan menyeram pengawal yang cuba meleraikan pergaduhan selain memecah masuk ke beberapa kawasan penjara termasuk
01:13farmasi serta cuba melarikan diri melalui pintu pagar utama sebelum berjaya dihalang pihak keselamatan.
01:20Pasukan gerak khas STF polis bersama anggota tentera kini ditempatkan di kawasan penjara bagi memperketat kawalan keselamatan manakala pemantauan udara
01:30dilakukan menggunakan helikopter dan drone.
01:34Pihak berkuasa berkata keadaan kini terkawal dan beberapa banduan yang dikenalpasti sebagai dalang utama keganasan tersebut telah dipindahkan ke penjara
01:43lain.
Comments

Recommended