Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Bersama Wartawan Astro AWANI, Yasmin Natasha berlintas langsung dari Kem PGA Bakri bagi mengikuti perjalanan undi awal PRN Johor ke-16 hari ini.
Transcript
00:00Baik, genap 10 hari berkempen, Tirai Johor memilih terus menjadi tumpuan apabila proses pengundian awal bermula pagi ini.
00:07Awal pagi tadi kita bawakan dua lintas langsung bersama Fidoz Azil dan juga Amiral Aiman di dua lokasi utama dan
00:13kini kita bersama dengan rakan setugas Yasmin Natasha
00:15yang berada di Batalin 6 Pasukan Gerakan Arm PGA Bakri, MUAR yang merupakan salah satu pusat pengundian paling ramai bagi
00:23kategori tentera.
00:24Untuk perincian lanjut, kita terus saja bersama Yasmin.
00:31Baik, terima kasih rakan setugas saya yang berada di studio.
00:35Ya, betul Hafiz, pagi ini saya berada di Tabika Kemas Batalin 6 PGA Bakri.
00:40Dan apa yang menarik pada hari ini, saya bersama dengan seorang anggota polis yang merupakan pengundi awal iaitu Puan Fazilah
00:48Muhammad.
00:49Terima kasih Puan kerana sudi bersama extra awal ini untuk pagi ini dan mungkin Puan boleh ceritakan sedikit pengalaman untuk
00:55proses pengundi awal untuk hari ini.
00:59Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi semua.
01:03Saya datang ke sini pengalaman saya.
01:08Dari pagi, pukul 7.30 saya dah sampai ke sini untuk mengundi pilihan kita lah.
01:15Jadi adakah Puan ini kali pertama mengundi awal ataupun bagaimana?
01:20Bagi saya, saya umur saya pun dah 59 tahun.
01:25Saya rasa ini adalah kali yang keempat kelima begitulah saya mengundi awal.
01:32Jadi sebelum ini memang ada ikuti perkembangan politik-politik Malaysia ke macam mana?
01:37Saya mengikuti hal-hal politik ni lah tapi melalui internet, melalui media masa, TV, radio, kita dengar lah.
01:56Jadi mungkin apa yang Puan boleh cakap untuk pengundi anggota kerajaan ataupun anggota awam untuk datang mengundi awal pagi ini?
02:05Okey, nasihat saya kepada semua pengundi-pengundi yang mengundi awal, datanglah awal-awal di tempat pengundian.
02:16Jangan tunggu last minute baru nak datang dan saya nasihatkan supaya jangan ada buat yang bukan-bukan lah.
02:28Jaga disiplin masa kita datang mengundi dan nasihat saya lagi, undilah.
02:35Pilihan kita, mengikut cita rasa kita.
02:38Baik, terima kasih Puan untuk masa di ekstra awal ni.
02:42Okey, terima kasih.
02:43Berbalik kepada saya juga, hari ini di pusat di Donaneng menyaksikan pertandingan 5 penjuru di PRN Johor pada kali ini.
02:51Dan antara parti yang akan bertanding di Donaneng adalah parti bersama rakyat iaitu calonnya Iskandar Mad Alias,
02:57yang kedua ialah Pakatan Harapan iaitu calonnya Mat Sahruddin Kusni dan yang ketiga ialah parti daripada Barisan Nasional iaitu Muhammad
03:04Ghazali Zabari
03:05dan serta daripada Perikatan Nasional iaitu Muhammad Razie Amin dan juga seorang lagi daripada calon bebas S. J. Ganaden.
03:13Untuk siapa yang tanya, siapa yang layak untuk melakukan undi awal, bagi untuk makluman semua, pengundi awal itu terdiri daripada
03:22anggota Angkatan Tertara Malaysia,
03:24Polis Diraja Malaysia dan juga pasukan gerakan AM iaitu PGA serta pasangan masing-masing.
03:30Untuk makluman semua, pengundi yang layak untuk mengundi awal ialah sebanyak 24,751 orang bagi pilihan raya kali ini.
03:39Dan daripada 24,751 orang itu ialah 12,041 daripada Angkatan Tertara Malaysia bersama pasangan masing-masing
03:48dan manakala 12,710 lagi adalah anggota daripada Polis Diraja Malaysia iaitu PDRM dan anggota pasukan gerakan AM iaitu PGA
03:58serta pasangan masing-masing.
04:00Dan untuk makluman, Tabika Kemas Batalion iaitu yang merupakan lokasi pengundian awal akan dibuka daripada pukul 8 pagi sehingga 5
04:10petang.
04:11Tapi menurut tinjauan saya setakat pagi ini, walaupun pusat pengundian buka pukul 8 pagi,
04:19dah ramai yang datang untuk melakukan tanggungjawab masing-masing seawal 7.30 hingga 7.40 pagi.
04:26Dan apa yang menarik pada hari ini, mereka datang daripada pelbagai anggota iaitu anggota Polis Diraja Malaysia,
04:35Angkatan Tertara Malaysia dan juga gerakan AM iaitu PGA.
04:40Dan itu sahaja daripada saya, Hafiz daripada sini dan satu lagi nasihat saya untuk pengundi-pengundi awal,
04:49lakukan tanggungjawab masing-masing kerana ini untuk masa depan Malaysia.
04:53Dan kita kembali ke studio, saya akan bawakan perkembangan dari semasa ke semasa untuk Johor memilih di astroawani.com.
05:00Terima kasih.
05:00Terima kasih.
05:00Terima kasih.
Comments

Recommended