Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Pergaduhan antara kumpulan banduan mencetuskan keganasan sejak Ahad, dengan korban meningkat. Dua maut dan 38 cedera pada peringkat awal sebelum situasi bertambah buruk setakat Isnin.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 25 terbunuh dan 100 lagi cedera dalam insiden pertempuran ganas di sebuah penjara di Negombo, Sri Lanka setakat
00:09Isnin.
00:10Insiden yang bermula pada ahad itu berlaku apabila pertelingkahan antara kumpulan banduan dalam penjara yang menyebabkan 2 terbunuh dan 38
00:19lagi cedera pada peringkat awal.
00:23Ketika kekecohan berlaku, sekumpulan banduan wanita dilaporkan memanjat bumbung fasiliti tersebut sebagai tanda protes.
00:31Mangsa cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan manakala 2 banduan kritikal dipindahkan ke Hospital Nasional di Kolombo.
00:40Pergaduhan kemudiannya bersambung pada Isnin sekaligus meningkatkan jumlah korban kepada sekurang-kurangnya 25 orang serta menyebabkan puluhan lagi cedera.
00:49Pihak berkuasa penjara melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
Comments

Recommended