Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Jenazah Ayatollah Ali Khamenei disemayamkan di Tehran dengan kehadiran pemimpin negara dan dunia. Upacara berkabung selama enam hari dijangka menarik jutaan pelawat susulan konflik yang menjejaskan Iran.
Transcript
00:00Jenazah pemimpin tertinggi Iran yang telah meninggal dunia Ayatollah Ali Khamini disemayamkan di sebuah dewan besar di ibu negara Tehran
00:09ketika para pegawai tertinggi kerajaan dan kenamaan asing memberikan penghormatan terakhir mereka menandakan permulaan minggu upacara pengebumian.
00:18Para pelawat berpakaian hitam mengusung keranda Ali Khamini di kompleks Grand Mosallah di Tehran pada hari Jumaat dengan keranda tersebut
00:27diselebungi bendera kebangsaan Republik Islam yang dipimpinnya selama lebih tiga dekad.
00:35Pihak berkuasa menjangkakan tempoh berkabung awam dan perarakan besar-besaran akan menarik jutaan hadirin sebelum pengebumian Khamini minggu hadapan.
00:44Majlis pengebumian berlangsung empat bulan selepas pemimpin berusia 86 tahun itu terbunuh di kediamannya pada hari pertama Perang Amerika Syarikat
00:54dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
00:59Selain keranda Ali Khamini terdapat juga keranda cucu perempuannya yang berusia tiga tahun, anak perempuan sulungnya, menantu lelaki dan menantu
01:08perempuannya semuanya terbunuh dalam serangan tanggal sama.
01:11Stesen Televisyen Negara menyiarkan rakaman Presiden Iran Masud Pazeshkian memberikan penghormatan terakhir di hadapan keranda Khamini bersama yang di-Pertua
01:22Parlimen dan Ketua Perunding Negara, Muhammad Bakir Qalibaf.
01:26Ahmad Vahidi, Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam IRGC, cabang ideologi Angkatan Tentera Iran, turut membuat kemunculan pertamanya sejak bermulanya perang.
01:36Upicara pengebumian itu pada asalnya dijadualkan pada bulan Mac, namun ditangguhkan berikutan perang yang melanda Iran.
01:45Ramai pemimpin dunia turut menghadiri acara peringatan enam hari tersebut.
01:50Satu upicara awam dijadualkan langsung pada hari Sabtu di Teheran, diikuti perarakan melalui bandar-bandar suci di Iran dan negara
01:58jirannya di Irak.
01:59Pihak berkuasa Iran menjangkakan jutaan orang akan memenuhi jalan-jalan di Teheran bermula Sabtu dalam suasana yang mengingatkan kepada pengebumian
02:08pada tahun 1989 bagi pemimpin tertinggi terdahulu Ayatollah Ruhallah Khamini yang dihadiri kira-kira 10 juta orang.
02:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended